Aug 10, 2009

ISA MENGANCAM!!!!

Apa itu ISA? AMK Klgt, berpendapat ISA adalah seperti untuk “MENGEKALKAN KUASA MEMERINTAH”.

Lain pula masaalah AMK Klgt yang dihadapi. Lebih setahun AMK Klgt dizalimi kerana kepentingan jawatan, langsung pihak pimpinan tidak ambil peduli masaalah akar umbi. Kerana percaya pada pimpinan diBahagian yang suka bermuka-muka, maka pada hari ini ketelusan yang dibuat oleh pimpinan DSAI tercemar.

Alhamdulillah berkat semangat AMK Klgt naik turun ke Ibu Pejabat KEADILAN sejak Mei 2008, maka pada 15/16 Ogos 2009 SetiaUsaha Agong memanggil mengadap SetiaUsaha Bahagian dan Norazmi untuk disoal siasat masaalah Bahagian Kuala Langat. Oleh itu, apa yang tersirat dan tersurat dikepala Norazmi yang korap, akan dijawab oleh Setiausaha Bahagian apa sebenar yang berlaku di Kuala Langat.

Dengan penoh harapan, biarlah kebenaran akan terjawab dengan telus dan adil sepertimana yang diharapkan rakyat Kuala Langat. Tetapi sekiranya AMK Klgt tidak dipanggil untuk disiasat, maka adalah tidak adil. Maka ini boleh dianggap dizalimi sepertimana ISA juga.

Pada masa kini AMK Klgt tetap akan memperjuangkan hak rakyat Kuala Langat, walaupun ditindas, difitnah dan berbagai. Prinsip AMK Klgt “Lawan Tetap Lawan”, “Membujur Lalu Melintang Patah”. Hak rakyat tetap diperjuangkan.

AMK Klgt tidak gentar pada pimpinan yang tidak telus. Sanggup dipecat dari parti kalau dianggap pengkianat.Berapa ramai pimpinan atasan memerhati bagaimana getir Kuala Langat untuk turun padang.Jika dipecat oleh parti, pemuda AMK Kuala Langat lebih mudah lagi kami gegarkan Kuala Langat.

Perjuangan DSAI tetap kami perjuangkan dan kami tidak tolak semua itu. Kami tidak suka bermuka-muka untuk sesuatu kepentingan peribadi kami.

Buat rakyat Kuala Langat yang benci pada Orang Kepentingan Umno(OKU) kerana kezaliman mereka kami tetap perjuangkan pada kebenaran dan tidak ketinggalan juga sekiranya Kepimpinan Pakatan Rakyat.