Aug 9, 2009

AMK KUALA LANGAT MARAH SIKAP MP DAN AHLI MAJLIS MDKLgt YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Peserta yang tabah sanggup mengikuti sessi program sehingga akhir yang tamat jam 6.20 ptg. Peserta yang tabah sanggup mengikuti sessi program sehingga akhir yang tamat jam 6.20 ptg.
Hari ini, Program Seminar Usahawa anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah berlangsung dengan jayanya. Peserta yang hadir adalah kurang memerangsangkan, oleh kerana tidak perihatin kepimpinan dari Jabatan PBT Kuala Langat.
Diberitahu oleh wakil yang dilantik dari UPEN, maklumat telah dimaklumkan pada pimpinan sejak Mach yang lalu. Sepatutnya pimpinan perlu prihatin perkara urusan Kerajaan Negeri dengan amanah. Sebaliknya tidak bertanggungjawab kepada Kerajaan dan Rakyat yang memerlukan.
Ahli Parliman (Abdullah Sani) dan Ahli Majlis (Norazmi) yang telah diberi mandat dan bertanggungjawab langsung tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Apa yang berlaku pada 3 Ogos 2009 wakil UPEN menghubungi A. Majlis (Norazmi) untuk menyediakan tempat dan kelengkapan untuk program tersebut dan bersetuju. Mencari peserta untuk Program diserahkan kepada NGO (Anak Merdeka Kuala Langat) untuk urusan itu. Pada masa yang singkat, bukan lah mudah untuk mrncari peserta. Tetapi, kerana pengalaman Anak Merdeka Kuala Langat, itu tidak menjadi halangan untuk terus berkhidmat.
Dan hari ini yang berlaku, Dewan yang disediakan tidak ada kelengkapan meja dan kerusi seperti yang dijanjikan. Ramai peserta merasa seperti program tidak jadi, kerana kelihatan Dewan kosong . Ramai yang balik dan merasa kesal.
Kami dari AMK Kuala Langat sekali lagi mengingatkan agar pihak yang terlibat jangan menjadikan perkara buruk seperti ini berlaku lagi. Ingat, Parti yang memerintah datangnya dari parti politik yang dipilih oleh rakyat untuk perubahan, bukan seperti takok lama.
Kepada pihak atasan Kerajaan yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan supaya nama baik kerajaan tidak tercemar. Ini bukan program parti tetapi program Kerajaan Negeri.

Peserta yang tidak mempunyai keyakinan diri merasa kecewa kerana tidak ada meja dan pulang.
Dewan yang berlangsung Program Seminar Usahawan anjuran Kerajaan Negeri
Inilah rupa dewan yang disediakan oleh A.Majlis (Norazmi) yang dijanjikan kelengkapan.
Peserta yang merasa bertanggungjawab, kerana ilmu tunggu dan mendaftar, walaupun!!!.

Inilah meja yang dijanjikan 15 buah oleh Norazmi (Ahli Majlis) Hanya 6 buah sahaja, itu pun bukan untuk program seminar. Hanya kebetulan ada disitu.

Kerusi yang adapun sebanyak 40 unit, itu pun bukan untuk persediaan program. Dijanjikan sebanyak 100 unit.

Penceramah Sdr Alias Hj Muda rancak memberi penerangan kepada peserta yang hadir.

Acara penutup dan penerangan motivasi disampaikan oleh Sdr Mazli

Peserta yang hadir pada pagi lebih seratus orang, ramai yang balik kerana tidak ada persiapan yang lengkap, seperti program tidak berlangsung. Dimaklomkan oleh pegawai penjaga dewan, mereka langsong tidak dapat maklumat untuk program pada hari ini. Walau apa pun semua berjalan lancar kerana pada awal pagi lebih 50 peserta menduduki program dan yang baki banyak duduk diruang legar dewan.