Feb 9, 2010

Tidak Amanah Dan Akibatnya!!!!!!!!

PEMBETULAN DAN AMBIL PERHATIAN.....

Cetakan diatas adalah keratan akhbar Sinar Harian 9 Feb 2010.


Selaku setiausaha AMK Cabang Kuala Langat, saya(Sdr Kamal) dan jawatankuasa AMK Cabang Kuala Langat, membantah pihak media sinar harian perlu bertanggungjawab setiap berita yang dikeluarkan. Saya menentang keras pada tajuk berita itu kerana Cabang KEADILAN Kuala Langat yang bermasaalah itu adalah Pemangku Ketua Cabang sahaja.

Seperti yang disiar pada berita itu mungkin adanya benar. Hanya kepada tajuk sahaja perlu diperbetulkan. Ketua Cabang yang sebenar masih ada dan belum muncul buat seketika.

Masaalah beliau memegang tampok Cabang, sememangnya ditolak oleh AMK Cabang K.Lgt dan seluruh jawatankuasa Cabang. Semuanya adalah angkara perbuatan tidak senonoh Sdr Norazmi yang kurang cerdik dan gila jawatan sahaja maka akibatnya nama parti sudah menjadi kurang baik.

Buat masa sekarang Parti Keadilan Rakyat diKuala Langat masih baik walaupun berbagai manipulasi oleh orang berkepentingan sahaja yang membuat menjadi celaru.



Feb 8, 2010

DSAI tidak lupa RE4MIS 1998.

PERJUMPAAN SEMULA RE4MASI 1998.

AMK Kuala Langat amat menyanjung tinggi penat lelah semua para re4mis 1998. Pada malam semalam keterlibatan mereka dihargai oleh DSAI dan rakan-rakan baru serta lama dan dapat berjumpa bersalaman serta meluahkan pendapat perbedaan 1998 dan 2010.
Laungan re4masi tetap bergema walaupun tidak seperti dulu tetapi menyayat hati semua yang hadir.
Hidup re4mis 1998.


7FEB.2010.

Perjumpaan ini amat bermakna besar pada rakan rakan lama dalam reformasi 1998 dulu. perjumpaan ini juga berlaku diIbu Pejabat KEADILAN.
Kenangan ini tidak dapat dilupakan dan titik hitam itu masih mendalam.
Episod ini adalah fitnah ke2 yang mungkin tidak senang untuk unmobn. Ramai kenalan lama yang hanyar jumpa, masih bersemangat walaupun diketepikan oleh pimpinan baru yang tidak merasa bagaimana kami bersemangat tanpa bantuan duit untuk menyertai setiap rapat umum untuk kebangkitan reformasi untuk semua.


Dalam ramai-ramai re4mis 1998, ada muka Ahli Majlis dan juga Yang Berhormat.(Tahniah)

Muka Kontraversi 2010 dan 2007. Pimpinan di 2 buah Kuala dalam negeri Selangor.

AMK Kuala Langat tetap menghargai 2 pemimpin dari 2 buah Kuala ini. Tidak meminta sesuatu, apa yang mereka mahu keadilan ditegakkan sepertimana perjuangan asal 1998. AMK Kuala Langat akan tetap di belakang mereka ini dan Lawan terus Lawan untuk keadilan semua.



GAMBAR SELEBIHNYA DI

Feb 6, 2010

SEGALA-GALANYA KUASA ALLAH S.A.W

IBLIS DAN ANAK-ANAK ADAM


Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "


2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

Seterusnya di

Feb 5, 2010

SELCAT YANG BERTANGGUNGJAWAB

SELCAT yang baru lepas, telah selesai memanggil 3 ADUN yang menggunakan peruntukan ADUN agak berlebihan pada tempoh waktu setahun, dan hadir memberi penerangan. AMK Cabang Kuala Langat, memandang berat sepertimana dari 3 ADUN itu. Seperti ADUN Sri Muda YB Nik Nazmi ada memberi penjelasan seperti begini:-

"Saya menerima banyak SMS dari rakan-rakan apabila mereka membaca bahawa saya dipanggil oleh Jawatankuasa Terpilih Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Negeri Selangor (SELCAT) pagi tadi.

Sebenarnya saya bersama-sama YB Ronnie Liu (Pandamaran) dan YB Shuhaimi Mat Shafie (Sri Muda) memang dipanggil SELCAT sejak tahun lepas lagi memandangkan kami membelanjakan melebihi 70 peratus peruntukan kami untuk tahun 2009 pada bulan Jun.

Anggota SELCAT yang hadir pagi tadi merupakan YB Teng Chang Khim (Speaker), YB Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), YB Haniza Talha (Timbalan Speaker), YB Shaari Sungib (Hulu Klang) dan YB Edward Lee (Bukit Gasing).

Pagi tadi saya ADUN terakhir sekali dipanggil selepas YB Ronnie dan YB Shuhaimi. Saya menjelaskan ada dua faktor menyebabkan peruntukan saya begitu banyak dibelanjakan pada awal 2009. Pertama ialah banjir yang melanda Kelana Jaya pada hujung 2008 yang mana saya membelanjakan sebahagian besar peruntukan saya (RM26,000) bagi meringankan beban penduduk.

Seterusnya kawasan saya juga banyak mempunyai kawasan kos rendah yang padat seperti Kampung Lindungan, Desa Mentari dan Ladang Glenmarie. Justeru banyak wang saya dibelanjakan bagi program-program dan sumbangan kemasyarakatan di kawasan tersebut.

YB Teng telah mengiktiraf perbelanjaan DUN Seri Setia untuk projek-projek kecil yang memenuhi garispanduan Pejabat Daerah (30 peratus dari jumlah peruntukan). Alhamdulillah selepas kira-kira 10 minit SELCAT berpuas hati dengan penjelasan saya. Saya juga menjelaskan saya berhasrat mengawal perbelanjaan tahun 2010 dengan lebih berhemah agar dapat bertahan ke hujung tahun, insya Allah".

Bagaimana pula ADUN-ADUN yang lain, yang belum dipanggil? Tetapi ada juga ADUN yang sukar menggunakan peruntukan itu untuk kepentingan penduduk kawasan. Seperti di DUN Teluk Datuk, AMKC K.Lgt merasa tidak berpuas hati kerana dimaklumkan penduduk dengan berbagai aduan untuk kepentingan penduduk, banyak beliau abaikan. Hinggakan bila diperhatikan carta dari laman web Pejabat Daerah, peruntukan yang digunakan terlalu sedikit. (bagus). Tetapi banyak yang memerlukan untuk kepentingan rakyat kawasan, Adun ini seperti tidak endah dan berkata tiada peruntukan. Apa tanggungjawab YB ini?

Feb 3, 2010

JUMPA DIMAHKAMAH JAM 2Ptg 3.feb 2010

SIAPAKAH SELEPAS DIA?

Nasib DSAI sebegini rupa sanggup dilakukan Najib, apatah lagi kepada pimpinan yang sikap pembodek kepada DSAI, tetapi curang dibelakang DSAI. Berbaliklah kepangkal hasrat perjuangan yang diperjuangkan yang sedang menderita kerana rakyat.

Feb 2, 2010

Kemungkinan Memudahkan untuk Melakukan Tangkapan Kepada Penyokong Anwar,

Jurugambar Dihalang Untuk Masuk ke Bangunan Mahkmahah,


Untuk sessi sebelah petang ini jurugambar telah dihalang untuk masuk ke bangunan mahkmahah, kemungkinan memudahkan untuk melakukan tangkapan kpada penyokong Anwar yang berdegil.

Pagi tadi polis hampir menahan Tian Chua, tetapi terhalang dengan kehadiran jurugambar-jurugambar dari dalam dan luar negara.

Pemimpin utama PAS tidak kelihatan pada sesi sebelah pagi kecuali TG Nik Aziz.

2.45 pm Peguam DSAI, Karpal Singh menyebut beberapa kes-kes terdahulu untuk menyokong permohonan penangguhan kes oleh pihak pembela.

Seterusnya di

Perbicaraan diangguhkan kepada jam 2.30 petang ini

RENTETAN DIMAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA PERBICARAAN DSAI.

Feb 2, 10 9:09am

Terkini Perbicaraan kes liwat kedua mantan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula sebentar tadi.

Perbicaraan yang menarik perhatian pelbagai pihak itu dijangkakan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

9.50 pagi: Perbicaraan diangguhkan kepada jam 2.30 petang ini


Seterusnya