Aug 11, 2009

BUKANKAH INI PATONG PM 1 MALATSIA??


Satu ketika dahulu UMNO heboh mengenai replika Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Batu Caves sehinggakan replika yang mencetuskan
'kontroversi' itu akhirnya diturunkan oleh pengelolanya R Viriya

Hampir kesemua media arus perdana bersama pimpinan umno/bn sibuk
menghentam Replika DSAI yang didirikan berhampiran simpang empat jalan
sungai tua batu caves...

Mereka dengan begitu lantang menyatakan para penyokong PKR memuja
replika tersebut dan berbagai bagai lagi tohmahan.

Kini apa yang dapat kita saksikan adalah replika Najib yang lebih
besar yang didirikan di dalam perkarangan kuil Batu Caves sempena
sambutan 1Malaysia di kuil Batu Caves dan menyambut kedatangan Najib
pada hari ini ( ahad ) jam 4:00 petang.

Beberapa masyarakat india yang ditemui juga melahirkan rasa kecewa
mereka apabila replika tersebut seakan membelakangkan dewa mereka..

sumber: skuaddunbatucaves