Aug 30, 2009

BENIH WAWASAN 2020 KEPADA ISLAM HADHARI UNTUK 1 MALAYSIA MENJADIKAN ANAK SAITAN YANG BERTAHTA DIHATI.



AMK Kuala Langat menyeru pada semua anak muda melayu, cina, india, lihat lah sikap Pemerintah Malaysia yang menghalalkan perkauman berlaku. Polis tidak bertindak untuk menghalang atau lebih baik menangkap kumpulan haram ini. Tidak salah yang selama ini kita menyebut Polis adalah koponan Barisan Nasional (kerajaan kroni).

AMK Kuala Langat membakar semangat anak muda melayu, cina dan india lebih bersatu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional semasa PRU13 nanti. Jika dibiar
Kerajaan Barisan Nasional memerintah lagi AMK Kuala Langat percaya perkara lebih buruk akan berlaku dan anak jenerasi kita akan hancur dan pupus ditelan cara kezaliman Umno bn.

Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.