Jul 23, 2009

TEMPAT BUANG SAMPAH YANG TERABAI!!!

Sejak beberapa hari hujan turun kebelakangan ini, tempat buang sampah makin menjadi bau busuk dan mencemarkan alam sekitar berdekatan kampong Sg Sedu. Apabila rungutan penduduk sekitar dan tinjauan JDM seperti dalam gambar amatlah menyedihkan kerana sistem pam air tidak berpungsi dan air limpahan bertakong. Air yang bertakong menjadikan bau busuk dan boleh membawa penyakit.
Menurut pekerja disitu, menceritakan mereka tidak ada jalan lain, melainkan memijak air itu juga untuk urusan masuk ke stor yang dijadikan pejabat. Membuatkan kaki menjadi gatal-gatal dan merasa tidak selesa.
Apa yang dilihat sistem kumbahan adalah seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Laluan air yang tidak sempurna jugalah punca-punca yang boleh menjadi kekeliruan penduduk merasa kecewa cara pengurusan pentadbiran.

Lihatlah seperti dalan gambar dibawah.
Sebelum menang PRU12 yang lalu YB Telok Datuk sekarang, beria-ia benar untuk membela penduduk Kg Sg Sedu. Tetapi hari ini apa yang beliau buat? Nilailah sendiri untuk anda analisa terhadap YB dan Ahli Majlis yang bertanggong jawab.