KEDAI-KEDAI MDKLgt TIDAK ADA KETELUSAN
Setelah AMK K.Lgt meninjau beberapa buah gerai-gerai dan bangunan kedai MDKLgt dimana ada yang tidak mengikut undang-undang peraturan syarat MDKLgt. AMK K.Lgt merasa kecewa dengan sikap Ahli Majlis yang tidak prihatin masaalah kedai-kedai yang ditadbir Majlis. Pada hal sebelum memerintah kita semua tahu komen salah laku pemerintah yang dulu. Pada ketika ini kita memerintah sudah tidak nampak semua yang berlaku.
Masaalah peniaga yang berniaga tertindas kerana peniaga yang berniaga disitu menyewa atas sewa. Ada pula yang menyewa tetapi tidak berniaga. Tutup begitu sahaja, kononnya sewa mereka membayar setiap bulan. Adalah tidak adil sekiranya keputusan itu diambil kira. Tujuan kerajaan membina kedai-kedai itu adalah untuk peniaga yang kurang mampu menyewa kedai persendirian.
Seperti mana bangunan kedai komplek industri kecil yang terletak di Sg Manggis banyak yang tidak buka untuk perniagaan. Bila disiasat kononnya semua penoh dan tidak ada kekosongan lagi. Sudah berjumpa dengan yang bertanggongjawab MDKLgt bahagian Jurutera sdr Mohd Nor, apa yang dijawab pada AMK K.Lgt semua kedai sudah penuh dengan penyewa. Kami tidak boleh terima dengan alasan itu.
Seorang ushawan kecil baru-baru ini mengadu ingin mendapatkan ruang niaga di komplek itu, kerana beliau buat masa ini menyewa rumah untuk perniagaannya. Adalah tidak sesuai bengkil niaga beliau dilakukan dikawasan penemparan penduduk.
Beliau juga telah memohon untuk sebuah kedai disitu kepada MDKLgt. Jawapan dari yang bertanggongjawab berkata jumpalah tuan punya penyewa yang tidak berniaga agar sewa pada mereka. Beliau merasa tidak puas hati dengan tindakan pegawai itu.
Kebetulan AMK K.Lgt mempunyai biro perlesenan untuk memantau salah laku semua ini, maka AMK K.Lgt telah berjumpa dengan pihak bertanggungjawab memaklumkan aduan itu. Tetapi sehingga kini masih tidak diambil perhatian.
Kalaulah begini caranya, masih tidak ada ketelusan dijabatan PBT, ada baiknya tidak perlu MDKLgt dibawah tadbir Kerajaan Negeri.
AMK K.Lgt tidak berdiam dan akan berjumpa sekali lagi dengan tindakan untuk penjelasan yang adil.