LONGKANG ATAU PARIT?
Itulah kata-kata Sdr Miswanuddin...
AJK KEADILAN Cabang K.Lgt Sdr Miswanuddin bin Ramlan, merasa kecewa sikap Ahli Majlis yang kurang peka dengan aduan mana-mana masaalah yang dihadapi pengadu. Apa yang berlaku sejak setahun lebih dan pemilihan baru penggal ke2 serta perlantikan semula Ahli Majlis. Perlantikan semula dan yang baru beliau menasihatkan agar dapatlah melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab lagi.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Tim Ketua AMK Sdr Razali b. Ahmad(gambar) yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis MDKLgt 2009-2010. Adalah satu-satunya dari AMK K.Lgt. Beliau akan mengangkat sumpah pegang tanggungjawab pada hari Isnin ini dan juga dinasihat setelah Karu dan yang lain-lain diberi sambung semula sebagai Ahli Majlis, buatlah kerja yang terbaik.
Jangan pula sampai bila ada pemilihan baru, menangis-nangis untuk dipilih semula kerana prestasi tidak memuaskan. Tetapi tanggungjawab seperti yang lalu sepertimana diketahui rakyat Kuala Langat.
Tidak perlu disebut nama, tetapi siapa makan cili, tetap merasa pedas.
Berbalik pada sepertimana dalam gambar diatas, yang ditunjukkan adalah longkang belakang bangunan umno(bangunan baru) dipekan Banting. Air bertakong dan tidak pernah kering. Airnya berbau busuk dan banyak jentik-jentik. Perlulah ada tindakan dari MDKLgt.