Petang sekitar jam 3ptg, AMK K.Lgt sekali lagi melawat kawasan Pantai Morib kerana berbagai aduan setelah setahun Ahli Majlis berkenaan(Klik)
Banyak perkara-perkara yang beliau boleh buat dengan kerjasama j/k MPP Zon, tetapi sebahagian dari j/k MPP Zon juga tidak amanah lalu harta kerajaan yang disediakan terabai.Bolehlah lihat seperti dalam gambar.
Dipertikaikan bagaimana cara kelulusan lesen dibenarkan. Dimaklumkan juga tamat perniagaan pada Jun lalu tetapi masih beroperasi lagi.
Sementara itu juga, AMK K.Lgt menerima aduan dari peniaga gerai makan tepi Pantai Morib yang menimbulkan keresahan seorang peniaga disitu. Masaalah beliau yang menjadi marah, kerana meter Air Syabas rosak akibat salah laku kontraktor pemasangan air itu sendiri. Dan lebih menjadi marah kerana pegawai Syabas meminta wang sebagai ganti meter baru.
Apabila AMK K.Lgt datang kepejabat Syabas bersama peniaga tersebut untuk keterangan lanjut daripada pegawai bertanggungjawab, dengan mudahnya masaalah itu diselesaikan. Dan tiada tuntutan seperti yang diminta.
AMK K.Lgt merasa kesal sikap pegawai yang mudah membuat keputusan walaupun pihak mereka yang bersalah.
Anda boleh membuat keputusan dimana silapnya kontraktor itu melakukan kerja-kerja pemasangan meter air seperti dalam gambar. Dan banyak lagi meter bersebelahan seperti itu.