Jun 30, 2009

TUKANG URUT WARGA EMAS MENCABUL GADIS SUNTI.

Seorang gadis sunti yang masih belajar disebuah sekolah menengah TPG (ting 3) telah dicabul oleh tukang urut warga emas. Pada hujung minggu lepas seorang pelajar mengadu terseliuh dibahagian bahu dan mengadu sakit. Lalu ibu beliau telah membawa gadis tersebut untuk diurut. Dimana tukang urut itu dikenali ramai kampong sekitar berdekatan.

Semasa kejadian berlaku pada malam tersebut adalah meragui gadis tersebut, lain yang sakit, lain pula diurutnya. Setelah selesai kerja (urut)gadis tersebut mengadu pada ibunya tentang apa yang berlaku.

Lalu ibu gadis itu mengadu apa yang berlaku pada anak beliau kepengetahuan Ketua Kampong (Hj Subbahi).

Kepintaran Ketua Kampong, mengambil keputusan menasihatkan supaya melaporkan perkara yang berlaku kepada pihak berkuasa polis (Balai Polis TPG).

Tindakan untuk laporan polis dilaksanakan setelah dinasihat Ketua Kampong. Dimaklumkan polis bertindak menangkap tukang urut itu. Apa yang berlaku campor tangan orang kenamaan dari parti politik di K.Lgt menagmbil tindakan menjamin tukang urut itu.

Yang menjadi persoalan, setelah menjamin dan di arah pula untuk pihak gadis sunti tersebut menarik semula repot. (mungkin ada janji-janji tertentu).

Sehinggalah perkara ini dilaporkan kepengetahuan AMK K.Lgt kerana ada fitnah terhadap Ketua Kampong mencampuri urusan. AMK K.Lgt akan membela pada kebenaran, baik pada keluarga gadis sunti tersebut maupun Ketua Kampong.

AMK K.Lgt telah mengadakan masyuarat tergempar semalam, untuk membantu dengan tindakan terhadap yang terbabit untuk kepengadilan.


No comments:

Post a Comment

good