Jun 30, 2009

AMK K.Lgt akan mengambil tindakan terhadap penghinaan MP K.Lgt.

Diberitahu oleh NorAzmi pada Ketua AMK (Shahharuddin) yang beliau mengarahkan AMK agar teruskan perjuangan menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran disambut baik oleh semua Jawatan kuasa AMK K.Lgt.

Dalam perbincangan singkat antara NorAzmi bersama Shahharuddin berkisar masaalah memperkukuhkan parti untuk memertabatkan Kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat.
Apa yang disentuh juga adalah penghinaan MP K.Lgt terhadap Tim AMK K.Lgt, kami AMK tidak boleh diterima dengan penghinaan itu.

Pada awal kemenangan dulu dia menghina dan memfitnah Ketua Bahagian kami dan sekarang sebagai penasihat AMK K.Lgt serta Ketua JDM Sg Sedu iaitu Sdr Abd Razak. Dia membawa fitnah bahawa Sdr Razak mengirik gambar DSAI. Sememangnya dia tidak ada moral untuk dihormati sebagai Ahli Parliman. Terlalu banyak penghinaan dan fitnah yang dibuat oleh MP terhadap kepimpinan parti di Kuala Langat.

Dari sudut baik buruk kami dari AMK K.Lgt tidak boleh berdiam diri lagi. Beliau seharusnya betanggungjawab memikirkan dari mana datangnya jawatan yang beliau ada sekarang.
Setelah setahun lebih kami kendurkan karenah MP ini, rupanya makin merosakkan parti dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Biarlah MP ini sendiri yang mengetahui apa yang dia lakukan dan tindakan yang beliau terima akan datang. Dia jangan sandarkan dengan jawatan untuk berkuasa sesuka hati, AMK K.Lgt dan Bahagian K.Lgt juga mempunyai kuasa.

Untuk peringatan MP ini, hitung lah hari untuk bila dikapankan dengan jawatan beliau. Setiap fail-fail buruk laku MP ini sudah berada ditangan Penasihat AMK untuk tindakan kepada DSAI.

Kalau dulu AMK bersangka "DALAM BERAS ADA PADI, RUPA-RUPANYA BANYAK PADI DALAM BERAS".

Untuk apa lagi dengan beras yang tidak boleh dimasak jadikan nasi kepada anak-anak menjadikan mudarat.

Ingat MP dan kuncu-kuncu , Kamu akan diurus seperti ALAHAI FAIRUZ dan telah berlaku pun.

AMK K.Lgt tidak mengugut tetapi satu isyarat untuk duduk buat kerja dengan amanah, jujur dan jangan hidong tinggi.

Peringatan:- Jika tidak benar dengan tuduhan, harap ambil tindakan mahkamah dan kami AMK K.Lgt bersedia dihitung.

No comments:

Post a Comment

good