Jun 29, 2009

AMK KUALA LANGAT MERASA KESAL SIKAP AHLI MAJLIS DAERAH TIDAK PRIHATIN.


Dimalumkan pada minggu lepas masyuarat Ahli Majlis Daerah K.Lgt yang berkisar masaalah penduduk Taman Mahkota yang terletak di Zon 19 tidak mendapat perhatian HAM. Masyuarat tersebut dikendalikan dengan keputusan undian Ahli Majlis.

Dalam keputusan undian tersebut seperti begini:-

9 Ahli Majlis menyokong tidak teruskan beroperasi,
11
Ahli Majlis menyokong teruskan beroperasi dan,
baki yang lain tidak mengambil bahagian.

Penduduk tersebut merasa kesal sikap yang diperulihi dan langsung tidak menghormati keluhan HAM yang dialami penduduk.

Exco AMK K.Lgt semalam bermasyuarat sebulat suara akan menyiasat perkara tersebut dimana besar kemungkinan ada kepentingan dalam proses pengundian itu. Tidak sepatutnya masyuarat itu diakhiri dengan undi.

Sepatutnya Ahli Majlis wajib menyokong aduan penduduk tersebut kerana kawasan kawasan Taman tersebut adalah kawasan pentadbiran MDKLgt.

Mengikut aduan penduduk Taman Mahkota, kilang simen tersebut adalah kepentingan untuk keperluan megastill. Tetapi apa yang dilihat simen tersebut adalah untuk jualan luar. Terbukti pada Jumaat lepas kelihatan lori-lori simen yang keluar masuk telah menghantar simen tersebut ke luar kawasan.

Pendapat seluruh exco AMK K.Lgt ada kemungkinan yang berkepentingan terlibat dengan korapsi sehingga MDKLgt tidak tahu mengatasi masaalah aduan untuk menyokong penduduk yang membayar cukai pada MDKLgt.

AMK K.Lgt akan mengumpul seluruh maklumat yang terperinci dan sekiranya perlu semua akan diputuskan dengan membuat laporan polis serta SPRM untuk keadilan penduduk.

AMK K.Lgt merasa bertanggung jawab kerana menjadi persoalan tandatanya.
Kenapa MDKLgt bolih membuat keputusan untuk kebaikan penduduk dengan undi?


No comments:

Post a Comment

good