Jan 21, 2009

PESTA MEROSAKKAN NAMA BAIK PARTI keADILan BAHAGIAN K.LANGAT.


Pada Isnin malam 19/01/09, Pekan Jenjarum amat meriah, kerana ulung kali berlaku Progrem Jamuan Menyambut Tahun Baru Cina.Tidak menjadi satu kesalahan kerana Malaysia berbagai kaum yang menganuti berbagai kepercayaan masing-masing.


Jamuan meraikan sambutan Tahun Baru Cina di pekan Jenjarum yang dianjurkan olih JDM Pekan Jenjarum dari parti keADILan diketuai olih David Chong (gambar) telah menjadi satu pesta yang tidak membawa kebaikan kerana telah menghidangkan minuman alcohol/beer.Beliau juga adalah Ahli Majlis MDKLgt yang menjadi kontravesi.


Sepatutnya program jamuan seperti itu hendaklah menghormati parti memerintah. Jamuan itu lebih pada sambutan Tahun Baru Cina, tetapi berbajukan parti keADILan amatlah tidak sopan dengan hidangan seperti itu.


Pada malam itu juga, kehadiran tetamu kehormat Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid, YB Tian Chua dan vvip yang lain.


Apa yang menjadi rungutan olih tetamu-tetamu yang datang, ramai mempertikaikan ujudnya minuman alcohol semasa majlis berlangsung. Nampaknya kepimpinan dibahagian tidak prihatin masaalah ini, dan bolih menjejaskan nama parti. Perkara seperti ini perlu pucuk pimpinan parti ambil tindakan yang sewajarnya.


Setelah lama ujudnya parti keADILan di K.Lgt tidak pernah berlakunya jamuan meraikan sesuatu majlis dengan adanya miniman seperti itu.


ANDA YANG MELAYARI DAN MEMBACA PERLU MEMBERI KOMEN DAN KOMEN ANDA AKAN DIPAPARKAN.

5 comments:

  1. Saya salah seorang pengujung jamuan tersebut. Pada hemat saya hidangan minuman keras tidak sepatutnya menjadi isu utama kerana minuman tersebut hanya dihidangkan kepada bukan Muslim. Sudah menjadi budaya mereka bahawa minuman keras memang dibolehkan dalam kalangan mereka sementelahan program tersebut anjuran mereka. Mungkin kita boleh menegurnya secara baik sekiranya tidak bersetuju. Tetapi dalam usaha menarik bukan Melayu menyokong Pakatan Rakyat pada pendapat saya menimbulkan isu ini atau cuba berkonfrontasi dengan mereka tidak akan membantu usaha kita. Pada malam tersebut saya berasa bangga kerana pelbagai kaum terutama Cina, Melayu dan India bersama-sama dalam satu majlis. Ini menjadi titik perpaduan kaum khususnya dalam PR. Malah saya tertarik dengan kata-kata Ketua Kampung Sg Jarom yang menyatakan 'orang dulu sendiri makan' membawa makna yang tersirat. Beliau yang merupakan seorang usahawan mengambil inisiatif bersama rakan-rakan mengumpulkan dana bagi membiayai program tersebut yang menelan belanja kira-kira RM50k. Muafakat seperti ini yang perlu kita contohi bukan asyik mencari salah orang! Satu lagi pujian untuk mereka ialah berjaya membina pintu gerbang yang amat menarik di hadapan Balai Polis Jenjarom. Sebagai makluman, bagi pengunjung Muslim disediakan masakan oleh caterer Muslim. Tahniah kepada penganjur yang berjaya mengadakan satu program besar.

    Pengunjung Jamuan

    ReplyDelete
  2. saya mengucap kan syabas kpd JDM Sg.Jarum dan Bahagian K.Langat menganjurkan program itu .
    tetapi dlm isu minuman keras saya berasa kesal dan sedih krn.sepatutnya kita menyedarkan masyarakat non muslim tentang keburukkan minum minuman keras bkn nya menyediakan kan utk mrk di jamuan atau di program parti . JDM Sg.Jarum dan Bahagian K.Langat Anda kena ingat perjuangan parti kita ni blum selesai so jgn lah melakukan perkara sebegini di masa hdpn . RAKYAT KUALA LANGAT sedang meniliti setiap perkembangan anda.

    Dan tentang Pintu Gerbang tu jgn lah bazirkan duit dgn perkara yg tidak berfaedah tu gunakan lah duit tu utk RAKYAT MISKIN dan utk yg memerlukan .

    KPD Pengunjung Jamuan mencegah lebih baik daripada merawat saya fikir anda paham apa maksud saya

    Sekian

    ReplyDelete
  3. Saya sebagai seorng AJK AMK ingin memberi penlelasan

    kami ni bkn bukan asyik mencari salah orang tetapi ingin membetul kan keadaan
    dan kami ingin memberitahu kita ada byk cara utk menarik sokongan bukan Melayu menyokong Pakatan Rakyat dan bkn nya dgn hidangan minuman keras

    DGN dana RM50k ( seperti anda nyatakan ) kami rasa kita blh guna dana sebesar tu utk menolong rakyat yg memerlukan pertolongan

    ReplyDelete
  4. itulah kalau ada orang corupt seperti ini.....inilah akibatnya...

    kalau jamuan dan pintu gerbang di kg jarum disediakan cukup ke...bagaimana kawasan lain.....


    fikir masak masak dulu......


    abng k

    ReplyDelete
  5. Untuk abng k. Pastikah anda bahawa telah berlaku corupt dalam pembinaan pintu gerbang dan pembiayaan jamuan? Saya dimaklumkan ia dibiayai masyarakat di situ. Oleh itu, tidak timbul ungkapan "kalau jamuan dan pintu gerbang di kg jarum (sepatutnya Sg Jarom) disediakan cukup ke...bagaimana kawasan lain...." Dari aspek yg lain saya bangga dgn kerjasama mereka sehingga dpt membuat program tersebut. Sekiranya saudara ada bukti berlaku rasuah saya sangat setuju sekiranya dilaporkan kepada SPRM.

    Kepada AJK AMK saya setuju dengan pendapat saudara untuk membetulkan keadaan. Saya berharap dilain kali sekiranya ada jamuan seperti itu mungkin kita boleh mengingatkan agar mereka tidak menghidangkan minuman keras.

    ReplyDelete

good