Jan 21, 2009


MEMOHOM LESEN PASAR MALAM PERLU SOKONGAN JKKK ?


Pada Ahad malam 18/01/09. Anak Merdeka K.Langat (AMKLgt) menerima panggilan talipon dari seorang yang dikenali dirinya seorang peniaga pasar malam di Taman Sri Putra mengadu diperiksa olih Penguat Kuasa MDKLgt. Didapati beliau tidak memiliki dukemen lessen perniagaan pasar malam. Apa yang berlaku, beliau dinasihati olih Penguat Kuasa Majlis supaya dapatkan lesem perniagaan pasar malam melalui sokongan JKKK.

Menjadi persoalan beliau, ialah selama ini tidak pernah diberitahu olih Majlis supaya perkara seperti itu dilakukan. Selama ini beliau telah beberapa kali cuba memohon lessen tetapi tidak pernah diberi kelulusan atau jawapan.

Mengapa saya lakukan juga perniagaan seperti ini, adalah kerana tanggung jawab menyara kehidupan keluarga beliau. Dan juga tidak mampu mencari kerja lagi memandangkan kerja makin berkurangan dan sekarang banyak pekerja sudah kehilangan kerja disektor awam maupun swasta.


Perniagaan ini pun mungkin agak terjejas, memandangkan pekerjaan disektor yang dimaksudkan belaku juga diKuala Langat. Orang akan berjimat cermat kecuali keperluan.


Persoalan saya.

1.Apakah memohon lessen perniagaan pasar malam perlu ada sokongan JKKK ?

2.Apakah tugas JKKK sehingga terlibat semua perkara perlu ada sokongan ?

3.Bagaimana pula sekiranya tiada kelayakan, tetapi ada sokongan seperti itu bolih semua

menjadi mudah ?


Dari apa yang AMKLgt dapat tabsirkan masaalah peniaga ini, adalah seperti perkara itu “kecil tapi penting”. Yang dimaksudkan “kecil tapi penting” bolih membawa kepada rakyat menjadi marah.


Semasa perbualan talipon, beliau mengadu kepada AMKLgt, dan kami menasihati beliau supaya pergi semula ke pejabat MDKLgt untuk mendapat keterangan lanjut dan jika tiada penyelesaian, bolih berhubung pada kami semula untuk tindakan.



No comments:

Post a Comment

good