Jan 20, 2009


SEMANGAT PERJUANGANMU..

Dalam sibuk memperkatakan kemenangan PRK P036 Kuala Terengganu, Jangan lupa tentang perjuangan di Negeri Selangor ini. Ingatlah wahai teman-teman walau apa pun terjadi samada kehilangan pemimpin atau apa juga rintangan dan cabaran, hak anda, hak rakyat harus perjuangkan. Perlu di ingat, bersetuju dengan kerelaan hati untuk memikul tanggungjawap menumbangkan pemerintahan UMNO/BN di Negeri Selangor namun sehingga sekarang UMNO/BN masih boleh terus bermaharajalela tanpa sebarang tekanan dari Pakatan Rakyat.


Janji pada Kongres November2008 lalu masihkah dipegang atau semuanya sudah dilepaskan kerana isu yang remeh...?

Ingatkah semasa tayangan Kezaliman ISA...?

Mengalirkan airmata tanpa mengira tua dan muda..?

Tanpa mengira yang dizalimi itu berbangsa apa...?

Yang ditangiskan adalah penderitaan mangsa dan keluarga mangsa ISA.


Tapi.... Apakah dengan cara ini sekarang mampu merubah itu semua...

Jangan dipersiakan air mata itu,

Jangan dipersiakan tanggungjawap itu dan

Jangan lari dari PERJUANGAN itu.

Jika ada kekusutan maka selesaikanlah dengan cara paling ilmiah, paling bijaksana.

Ketua-ketua parti disetiap bahagian bangun, kerja lebih kuat memberi penerangan kepada akar umbi dan bukan memberi penerangan menyebar fitnah pada akar umbi.

Bagaimana mungkin mahu terus memerintah Selangor sekiranya tiada apa gerakan yang mampu menggugat UMNO/BN di Selangor ini. Bongkar penyelewengan mereka dan perjelaskan kepada rakyat agar mereka sedar keboborokan pemimpin UMNO/BN.


Ayuh... ahli PR semua.... Tiada masa untuk memikirkan hal yang remeh.. apa yang perlu Semboyan Perjuangan mesti ditiupkan, Jentera Perjuangan juga perlu dihidupkan....


"TERUSKAN PERJUANGAN DENGAN KEYAKINANMU"


No comments:

Post a Comment

good