Jan 31, 2009


BILA LOMPAT PARTI, BN JADI KELANKABUT.

Lompat parti mungkin tidak berlaku jika BN tidak menidakkan hak rakyat. BN sendiri mencabul perlembagaan hak rakyat, sudah tentu pemimpin mana-mana parti yang mementingkan hak rakyat akan berhijrah kekomponan parti lain semata-mata untuk rakyat. Bagi adun Bota yang melompat parti, adalah pilihan terbaik untuk rakyat dan mempunyai etika.


Yang lebih baik buat adun itu, letak jawatan dan perlu adakan pilihanraya kecil semula kerana semua merasa adil. Datuk Nasaruddin pula perlu buktikan dengan kerja kuat untuk parti komponan PR, agar dipilih semula sebagai calun PRU13 akan datang.


Memang terbukti umno pentingkan kuasa daripada kepentingan rakyat.


Sebagai pemimpin yang dihormati, menteri dijabatan perdana menteri Datuk Zahid, telah mengeluarkan kenyataan yang tidak baik, serta selama ini BN tidak menghormati pilihan rakyat iaitu tidak memberi peruntukan pada wakil rakyat pembangkang, juga tidak menghormati ketua kerajaan negeri dari parti pembangkang yang menerajui di 5 buah negeri. Apakah tidak perlu diambil tindakan olih kepimpinan BN ?


Itulah tindakan yang telah dilaksanakan olih seorang pemimpin umno untuk memberi isyarat keluar parti dan menyertai pembangkang. Ia adalah jaguh yang berani melaksanakan tanggungjawab janji Allah padanya. Beliau adalah pejuang untuk rakyat adun Bota dan negara.


BN jangan cuba mencari kesalahan peribadi orang lompat parti. Perlu muhasabah diri masing-masing, sepertimana adun Bota lakukan. Mungkin sebelum ini beliau yakin umno terbaik, dan selama ini keburukan BN terserlah, beliau sudah tidak mampu tegur untuk kebaikan. Ada lebih baik keluar parti dan menyertai parti yang mempunyai agenda perubahan.


Nasihat buat wakil-wakil rakyat yang dalam kepompong BN, yang merasa tidak senang dengan korap pemimpin atasan, dialukan supaya lompat parti sahaja kerana kamu adalah pilihan Allah untuk jawab dialam akirat kelak.


Sekali lagi buat adun Bota, kamu adalah seperti sebatang lidi yang amat rapoh. Perlu dalam rumpun ikatan yang kukuh menjadikan penyapu untuk membersih sampah BN yang menjijikkan. Penyapu amat mulia pada orang yang tahu menafaatkannya.


Soal DSAI berjumpa berbincang dengan ramai wakil rakyat BN untuk lompat parti, bukanlah tujuan beliau untuk semata-mata menjadi PM, malah suatu ibadah yang murni buat rakyat yang selama ini tertindas.


Rakyat percaya kiranya DSAI pentingkan jawatan PM, 16 september tahun lepas telah menjadi kenyataan. Mendahului kepentingan rakyat, maka DSAI amat komited.


16 feb 2009, sidang Parliman perlulah guna ruang sebaik-baiknya, bukan perlu melaksanakan akta lompat parti.


Kata-kata buat Datuk Nasaruddin adun Bota:-

JANGAN KAU SANGSI KEMANA ARAHMU,

JANGAN KAU RAGUI KEYAKINAN MU,

LANGKAH MU TIDAK SUMBANG,

YANG ZALIM PERLU DITENTANG.


No comments:

Post a Comment

good