Dari FMT ,
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenalpasti individu yang didakwa mendalangi kekecohan dalam mesyuarat cabang Kuala Langat.
Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui penelitian rakaman video, pihaknya mengenalpasti individu itu di kenali sebagai Abdul Razak Halidi.
PKR, katanya turut mengenalpasti beberapa individu lain yang bukan ahli parti yang turut menganggu proses pemilihan di tiga cabang lain iaitu Kapar, Klang dan Sabak Bernam.
"Kita kenal pasti watak Abdul Razak yang merupakan bekas PKR. Beliau meruapakan bekas ahli Umno selepas itu masuk Keadilan.
Dari Suara Keadilan
"Selepas siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menerusi rakaman video yang diberikan, pihaknya mendapati kekecohan di Kuala Langat telah dicetuskan oleh seorang yang dikenali sebagai Abdul Razak Halidi, bekas anggota KEADILAN yang menyertai parti dari Umno dan kemudiannya mengisytihar keluar dari KEADILAN pada 5 Julai 2007.
"Dalam mesyuarat cabang Kuala Langat beliau hadir," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Di cabang Kuala Langat menyaksikan insiden kekecohan apabila peti undi serta kertas undi ditabur di luar dewan.
Dari Malaysian Insider“Hari ini saja saya sebutkan nama Razak, bekas ahli Umno, masuk Keadilan dan keluar Keadilan... sama ada dia masuk Umno, yang itu Muhyiddin kena semaklah... boleh jadi...,” katanya lagi.
Saifuddin juga berkata Razak pernah memohon untuk kembali menyerati PKR tetapi ditolak.
“Razak asal Umno, kemudian Keadilan. Bila kita kalah teruk tahun 2004, ramai orang tawar hati, dia tulis surat (untuk keluar), saya dapat laporan lengkap, surat... kita ada semua maklumat.
“Kemudian dia pernah memohon masuk parti semula, tetapi parti tidak luluskanlah, kamu keluar ketika parti berada di garis paling rendah tetapi (apabila) parti ada kerajaan, kamu hendak datang balik, jadi ada masalah.
“Jadi bila dalam keadaan begitu, jangan cerai bini senang-senang,” katanya sambil menegaskan Razak juga tidak mengundi pada pemilihan cabang Kuala Langat.
“Dia tidak mengundi, tetapi datang berucap dalam tempat mengundi,” katanya.
Dari Malaysiakini ,
Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.
"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.
hebat sungguh razak ni. tapi Razak Halidi masih waras, AMK tolong tanya saifuddin, dh beberapa kali dtg bertandang kt umah Razak diBandar Baru Kedah, dan sanggup dia berckp mcm tak sioman. pasal agaknya dia berguru dgn pimpinan haprak KEADILAN Kuala Langat March 2008-2010. (MINTA KT DIA NO AHLI UMNO RAZAK MASA DULU SBLOM MASUK keADILan)
ReplyDelete