Sep 27, 2010

Tatalaku Pemilihan Parti


1. Setiap anggota tidak boleh menyalahgunakan kedudukan dan kuasa-kuasa dalam Parti dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.

2. Setiap anggota tidak boleh memberi atau menerima dari anggota lain sebarang bentuk rangsangan, termasuklah (tetapi tidak terhad) hadiah-hadiah, wang, derma, makanan, dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.

3. Setiap anggota tidak boleh menganjurkan dan menggunakan sebarang jamuan sebagai sebahagian daripada kempennya dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti. "Jamuan" bermaksud acara jamuan/kenduri yang lengkap dengan makanan dan minuman.

4. Pada masa Pemilihan parti, tatatertib anggota berkaitan dengan pemilihan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan jika anggota berkenaan didapati bersalah, JPP diberikan kuasa untuk memutuskan berkenaan pencalonan anggota tersebut mahupun keputusan terhadap pemilihan calon anggota tersebut serta apa-apa tindakan lain yang difikirkan wajar dan sesuai dalam tempoh kempen pemilihan tersebut. Tempoh kempen bermula daripada penghantaran notis pengishtiharaan tarikh-tarikh pemilihan parti daripada Setiausaha Agung Parti kepada cabang-cabang sehingga pengishtiharaan keputusan muktamad di Kongres Nasional.

No comments:

Post a Comment

good