Dengan pengumuman serentak Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, maka lengkaplah persaingan tiga penjuru untuk jawatan penting dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.
Pencabar ketiga adalah Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan hasratnya lebih awal untuk mengejar jawatan itu walaupun baru menyertai KEADILAN pada tahun lalu.
Biar apa pun, kempen untuk mendapatkan pencalonan daripada 218 Cabang KEADILAN semakin rancak sehingga kadang kala memberi gambaran bahawa parti kerabat Pakatan Rakyat kini berkecamuk dan berpecah belah.
Tanggapan ini pula diperbesarkan saban hari oleh media arus perdana kawalan Umno-Barisan Nasional, dalam usaha meyakinkan rakyat bahawa KEADILAN “asyik berpolitik’ sahaja dan tidak mempunyai masa membela rakyat.
Laporan-laporan Utusan Malaysia, TV3, The Star, Berita harian dan The New Straits Times tidak serik menggunakan kenyataan-kenyataan pedas dari pemimpin seperti Zaid untuk memaparkan KEADILAN sebagai parti yang penuh dengan orang kemaruk kuasa.
Hakikatnya ialah, KEADILAN adalah sebuah parti yang amat subur proses demokrasinya sehingga setiap pemimpin di mana-mana peringkat bebas mengeluarkan pandangan dan pendapat.
Itu sebabnya, walaupun Zaid secara terbuka mencantas Azmin, malah Ketua Umum KEADILAN sendiri Anwar Ibrahim, beliau tidak dikenakan tindakan.
Zaid juga diberikan ruang secukupnya untuk membuat laporan polis terhadap seorang blogger yang kononnya diupah untuk mencerca beliau.
Tindakan Zaid, Azmin dan Mustaffa untuk bersaing jawatan Timbalan Presiden adalah proses biasa yang dilalui oleh sebuah parti demokratik.
Untuk sebuah parti baru seperti KEADILAN, pemilihan pucuk pimpinan sepatutnya tidak mendatangkan sebarang 'kecemasan’ kepada mana-mana pihak.
Namun, oleh kerana KEADILAN di didokong oleh seorang bernama Anwar Ibrahim, maka parti itu akan menjadi sasaran pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing.
Sudah tentu Umno-BN akan beruntung jika berjaya meyakinkan rakyat bahawa KEADILAN tidak mempunyai kemampuan untuk mentadbir.
Malah kejayaan kerajaan Selangor untuk menarik pelaburan tertinggi di Negara dan memberikan pelbagai kemudahan seperti air percuma hanya satu 'kebetulan'.
Persoalannya apakah yang boleh dilakukan oleh calon-calon yang bertanding dan ahli KEADILAN sendiri supaya tidak diperalatkan oleh jentera Umno-BN untuk mencapai cita-cita rakus mereka.
Tentunya penggunaan portal berita yang dibiayai pihak tertentu, pengedaran suratkhabar 'bermusim' hanya untuk pemilihan KEADILAN dan membuat kenyataan membidas calon lain malah pemimpin tertinggi parti harus dielakkan sebaik mungkin.
Jika tidak, di manakan sifat 'gentleman' yang ingin dicanangkan oleh calon-calon terdidik ini?
Sejauh manakah keikhlasan mereka untuk membantu parti atas dasar 'jawatan tidak penting' tetapi membantu membawa perubahan dalam semangat setiakawan yang tulen?
Ini persoalan penting yang harus diambil kira oleh calon-calon dalam pemilihan KEADILAN yang terlampau tangkas menuding jari kepada pihak lain tetapi lupa menilai peri laku diri sendir
No comments:
Post a Comment
good