Jul 24, 2010

Umno Tetap Untung Disebalik Pelawaan terhadap PAS – Aziz Bari

PETALING JAYA: Semuanya bermula dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menyatakan kesediaan Umno bekerjasama dengan PAS, sehingga membawa polemik politik ini berterusan dicanang di media-media massa.

Umno membuka ‘dasar buka pintu’, namun sehingga kini tiada nada positif diberi malah pemimpin tertingginya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat awal-awal lagi sudah menutup pintu tersebut.

Menurut ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari, ‘pelawaan’ Umno itu hanya untuk memecahkan PAS daripada rakan seangkatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak syak lagi ini adalah helah politik Umno. Mereka tahu jika PAS termakan pujukan, PAS akan maut kerana kerusi yang dimenangi dengan sokongan bukan Melayu. Begitu juga negeri seperti di Kedah.

"PAS tewas di Terengganu dan Perlis sebab negeri itu negeri Melayu dan PAS tidak boleh bersaing dengan Umno. Ertinya Umno menggunakan PAS untuk memecahkan Pakatan Rakyat kerana PR bergantung kepada PAS. Ini mekanisma yang Umno lihat," katanya kepada Free Malaysia Today.

Menurut beliau, Umno sentiasa mendapat keuntungan daripada polemik politik ini, sedangkan PAS masih terkial-kial kerana mempunyai ‘musuh dalam selimut’.

Umno dilihat bijak dengan memainkan isu tersebut agar dapat memesongkan perhatian rakyat daripada isu ekonomi, rasuah yang sentiasa dibangkitkan Pakatan.

"Kerjasama ini sukar terjadi kerana tokoh utama iaitu Nik Aziz menentang keras. Dari perspektif Umno isu ini menguntungkan mereka kerana sekali lagi mereka dapat mengganggu permainan dengan isu yang tidak relevan ini.

"Isu ini dapat memesongkan perhatian rakyat dari isu lain seperti ekonomi,rasuah dan lain-lain yang penting buat Pakatan. Sebab itu yang untung – baik ia menjadi atau sebaliknya – ialah Umno.

pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

good