Jul 20, 2010

Taniah kpd Saudara Zali

BANTING, 20 Jul – Seramai lapan muka baru bakal menerajui kepimpinan ahli majlis di lapan kawasan di bawah Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi mewakili kepentingan masyarakat setempat dalam urusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka.

Yang Dipertua MDKL, Abdul Razak Jaafar berkata, pada kali ini dibuat rombakan bagi setiap zon dan pimpinan ahli majlis dalam usaha mempelbagaikan aktiviti yang diadakan.

Menurutnya, lapan muka baru itu perlu tahu mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu menjadi penyalur setempat berhubung mutu perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pengakuan penerima jawatan turut diharapkan menjadi ikrar kepada setiap ahli majlis baru dan lama dalam menjadikan MDKL sebagai salah satu medium menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Dalam pada itu, kombinasi baru dan lama selain mempunyai kepakaran berbeza, ia menjadi medan kepada kekuatan setiap ahli majlis dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang ada,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Razak berkata, kerjasama itulah sebenarnya yang perlu ada dalam kumpulan ahli majlis supaya dapat menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya di daerah Kuala Langat,” katanya.

Menurutnya, setiap ahli majlis MDKL yang baru dilantik diharapkan dapat bekerjasama antara satu sama lain serta memberikan cadangan yang bernas untuk bersama membangunkan MDKL supaya setaraf dengan PBT yang lain di Selangor.

Antara ahli majlis baru yang dilantik, K Sivapregas, B Gunalan, Mesari Jasman, Shaari Sarkoni, Mohd Ghazali Abdullah, Lim Kuan Sion, Norlilah Abdullah dan seorang ahli majlis yang dilantik semula, Ang Lee Yong.- SINARHARIAN

No comments:

Post a Comment

good