Feb 9, 2010

Tidak Amanah Dan Akibatnya!!!!!!!!

PEMBETULAN DAN AMBIL PERHATIAN.....

Cetakan diatas adalah keratan akhbar Sinar Harian 9 Feb 2010.


Selaku setiausaha AMK Cabang Kuala Langat, saya(Sdr Kamal) dan jawatankuasa AMK Cabang Kuala Langat, membantah pihak media sinar harian perlu bertanggungjawab setiap berita yang dikeluarkan. Saya menentang keras pada tajuk berita itu kerana Cabang KEADILAN Kuala Langat yang bermasaalah itu adalah Pemangku Ketua Cabang sahaja.

Seperti yang disiar pada berita itu mungkin adanya benar. Hanya kepada tajuk sahaja perlu diperbetulkan. Ketua Cabang yang sebenar masih ada dan belum muncul buat seketika.

Masaalah beliau memegang tampok Cabang, sememangnya ditolak oleh AMK Cabang K.Lgt dan seluruh jawatankuasa Cabang. Semuanya adalah angkara perbuatan tidak senonoh Sdr Norazmi yang kurang cerdik dan gila jawatan sahaja maka akibatnya nama parti sudah menjadi kurang baik.

Buat masa sekarang Parti Keadilan Rakyat diKuala Langat masih baik walaupun berbagai manipulasi oleh orang berkepentingan sahaja yang membuat menjadi celaru.