Feb 11, 2010

CEGAH SEBELUM TERLEWAT- RAKYAT MASIH MENARUH HARAPAN

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT LEMAH !!!!!!!!!!!!!!

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu menjadi lemah untuk menangkis setiap tohmahan dari umno yang sudah ternyata bagaikan "seluar yang berzip tetapi bocor dibelakang". Apa yang perlu PR lakukan selagi rakyat memberi kuasa memerintah di4 buah negeri, harap lakukanlah yang terbaik.
Biarpun tohmahan, umno lontarkan kepada PR, sebaliknya serah kepada rakyat untuk menilainya.
Angaplah Perak sebagai ujian kepada umum, bezanya tidak sampai setahun PR berkuasa dan dirampas umno, yang selama 53 tahun berkuasa. Dimana hebatnya umno? Biarlah jawapannya, pengundi menjawab semasa PRU13 nanti dan PR terus berusaha menawan hati rakyat kepada kebenaran. Tidak perlu membuang masa bagaikan "jaring reput tidak boleh dibaiki".
Contohilah Kelantan yang diterajui TGDNAziz, bagaimana rakyat Kelantan walaupun susah tetap bersabar kepada PAS. Dan bagaimana pula di Terangganu, sepenggal PAS memerintah?
Paling mudah, contohilah mengapa wakil rakyat(TGNAziz) dari pembangkang boleh kekal sehingga kehari ini,(tidak pernah kalah pilihanraya) adakah beliau menipu kertas undi untuk kemenangan? Kalau bn, banyak yang rakyat boleh pertikaikan.

Dari petikan laporan dibawah bertajuk "Kerajaan PR tidak cekap: Mahathir". Baik atau buruk terletak kepada pemimpin parti untuk menentukan kebenaran dengan melaksanakan dan bukan menuding.

Dari sekarang PR perlu asuh anan-anak muda kepada perubahan dan jangan seperti "kacang lupakan kulit" pastu pulak berhati-hati "kulit kacang jangan buang berselerak".

Disini secebis petikan mungkin juga nasihat, renungkanlah. Tak suka lontarkan jauh-jauh........

Kawan apalah yang kau kesalkan,Kerana tuhan kau kehilangan kawan, Kerana kebenaran dihina, Jangan kau ragu dalam keimanan.....Kadang-kadang kawan jadi lawan....Kadang-kadang lawan jadi kawan....Apala disedihkan hati, Setiap insan di dalam kekurangan......




Kerajaan PR tidak cekap: Mahathir


KULIM - Bagi terus memperkasakan bangsa Melayu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang dan menjayakan Program Mesra Rakyat yang diadakan di Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim (PBSK).

Program yang dihadiri lebih 500 orang ini dianjurkan UMNO Bahagian Padang Serai dengan jayanya.

Dalam ucapannya, beliau berkata, sepanjang 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Kerajaan Pusat, keadaan ekonomi negara dilaporkan stabil yang mana semua rakyat berbilang bangsa dapat hidup dalam keadaan sempurna selain menikmati pembangunan pesat.

Beliau tidak menafikan berlaku sedikit perselisihan faham antara parti komponen namun semua ini dapat diatasi dengan baik melalui perbincangan.

“Masalah dalaman antara parti merupakan satu perkara biasa tetapi sejak Parti Perikatan ditubuhkan, kita mampu memerintah dengan baik dan kemakmuran dapat dikecapi semua.

“BN tetap mentadbir dengan baik. Tetapi setelah BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2008, kerajaan masih dapat ditubuhkan tetapi ia merupakan sebuah kerajaan yang lemah. Ini berlaku kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti dan pengundi mengakibatkan mereka memberi sokongan mereka kepada calon parti lawan,” katanya.

Menurut beliau, punca utama mengapa lima negeri jatuh ke tangan pembangkang adalah kerana sikap penyokong parti yang tidak keluar mengundi.

Beliau mendakwa parti pembangkang tidak mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Katanya, sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) meminta rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah dan kini ternyata PR tidak mampu menerajui kerajaan dengan baik selain tidak cekap dalam menguruskan hal ehwal Kerajaan Negeri yang diperintah mereka.

“Parti pembangkang tidak bertindak cekap dan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. PR tidak berupaya memerintah dengan baik khususnya di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kelantan dan Kedah.

“Mereka tidak mampu melaksanakan pembangunan terhadap negeri yang mereka terajui. Rakyat memberikan kuasa kepada PR untuk membuat pembangunan tetapi sehingga hari ini mereka masih gagal,” katanya.

Posted by rakyat marhaen Khamis, 2010 Februari 11