Jan 8, 2010

Kemajuan dan kebajikan rakyat harus menjadi fokus utama Pakatan Rakyat

PARTI POLITIK UNTUK MEMBELA RAKYAT

Situasi masaalah yang bercanggah dengan kehendak perjuangan parti diKuala Langat setelah hampir 2 tahun PR memerintah nampaknya tidak ketelusan telah menular pada pemimpin yang berjawatan berkepentingan. AMK Cabang merasa kecewa sikap segelintir orang politik yang berkepentingan, tidak tahu mengguna kepentingan jawatan untuk membela rakyat Kuala Langat.

Sepertimana yang berlaku, sejak seminggu yang lalu MDKLgt telah membenarkan pusat hiburan menjalankan perniagaan dipekan Banting. Pada hemat AMK Cabang, adalah tidak bersesuaian langsung dibenarkan ia berlaku.Pertama kali, AMK Cabang merasakan keselamatan tidak terjamin. Dan juga masaalah ekonomi pengunjung terjejas.

Apalah gunanya kerajaan kita menghabiskan ratusan ribu RM untuk perbelanjaan anak-anak Selangor ke sekolah yang di bekalkan dengan beg sekolah, dan berbagai lagi MES. Sedangkan ibubapa tidak dapat menahan kehendak anak-anak untuk tidak mengunjung dipusat hiburan itu.

AMK Cabang menerima aduan dari penduduk prihatin, membantah sikap kerajaan membenar pusat hiburan diadakan. AMK Cabang menerima aduan dan teguran yang dilemparkan dengan positif serta muhasabah diri. Apakah teguran itu bersifat membina atau membinasakan?

Apa yang penting AMK Cabang menyeru seluruh ahli, penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat perlu meneruskan perjuangan untuk memajukan kehidupan rakyat. Kita tak perlu takut dengan kehilangan seorang dua pemimpin yang tidak berprinsip sebaliknya kita perlu takut pada kuasa yang ada pada rakyat. Maka keutamaan perlu diberikan kepada rakyat.

Kemajuan dan kebajikan rakyat harus menjadi fokus utama Pakatan Rakyat. Walaupun susah dan payah macamana sekali pun kita harus redha menerimanya. Allah tidak akan memberi keberkatan kemenangan kepada kita seandainya kita tidak jujur dalam perjuangan kita. Percayalah, kita akan mendapat satu kepuasan yang tak terhingga sekiranya perjuangan kita untuk rakyat mendapat kejayaan. Kepuasan itulah sebenarnya keberkatan yang diberi oleh Allah Yang Esa kepada kita.

AMK Cabang juga bersetuju sepertimana di