Oct 10, 2009

Apa Signifikan Keputusan Bagan Pinang ?

Daripada Blog Azmin Ali

Apa signifikan keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang diumumkan semalam ? UMNO semakin selesa dan perlu kekal dalam ‘form’ yang sedia ada ( jasad dan ruhnya ) sebagai pengamal rasuah yang dominan di Malaysia. UMNO juga tidak perlu sebarang transformasi. Justeru itu, UMNO tidak memerlukan Perhimpunan Agung Khas ( EGM ) untuk meminda perlembagaan bagi membendung gejala dan amalan rasuah yang sudah menjadi barah dalam institusi politik perkauman sempit di Malaysia. Malahan, sebarang usaha untuk melakukan transformasi dalam UMNO adalah usaha yang sia-sia kerana sekurang-kurang pengundi di Bagan Pinang amat selesa dengan UMNO dan pemimpin UMNO yang rasuah. Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan rakyat Malaysia ( atau sekurang-kurangnya pengundi-pengundi di Bagan Pinang ) mendewa-dewakan Sang Perasuah.

UMNO perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menonjolkan barisan calon-calon UMNO di kalangan perasuah kerana itulah cita rasa rakyat Malaysia.

Catatan ringkas di atas bukanlah untuk menghukum rakyat Malaysia secara membuta tuli tetapi itulah persepsi dunia hari ini dan juga rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Keputusan Bagan Pinang pastinya akan meletakkan Malaysia di peta dunia di kalangan negara-negara yang rosak nilai dan moral anak bangsanya.

Mengambil lirik lagu rasmi UMNO : “UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia”.



RAYUAN TERAKHIR BUAT PENGUNDI BAGAN PINANG


Salam kepada semua pengungi Bagan Pinang,

Saya merayu kepada semua pengundi Bagan Pinang untuk membuat satu perubahan yang cukup bermakna dalam diri anda sekalian.

Jika anda menolak Isa Samad ini menunjukkan anda semua benci kepada orang yang melakukan rasuah namun berjaya dibersihkan oleh undang - undang parti sahaja bukannya undang - undang SPRM.

Jika anda memilih ISA Samad, bererti anda semua membenarkan kerjaya rasuah akan menjadi kerjaya wajib dalam diri anak - anak kalian. Jika mereka menjadi perasuah jangan dimarahi mereka, kerana anda semua yang membenarkan pemimpin yang rasuah menjadi wakil rakyat anda. Percayalah suatu hari nanti jika anda semua memarahi anak anda yang menjadi perasuah pasti mereka akan menyalahi anda kerana tidak mengajar mereka bahawa rasuah itu salah.

Saya merayu sebagai anak muda yang bebas dari mana - mana parti politik, merayu agar ISA Samad ditolak dan dicampak ke Laut China Selatan. Saya tidak mahu generasi akan datang melihat kerjaya perasuah dianggap bersih dan halal.

Undi ditangan anda semua, anda penentu masa depan politik Malaysia dan akhlak generasi yang akan datang.

PILIH PERASUAH BERMAKNA ANDA MEMBENARKAN RASUAH MENULAR DALAM KELUARGA ANDA SEMUA.

JANGAN UNDI BN..

UNDILAH PAS


Posted by dragsuperstar