Oct 5, 2009

Berita Dari Bagan Pinang

1)Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Azeez itu sekadar mencari publisiti murahan, sama seperti dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini."Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh 8 orang pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih waktu menunggu pengumuman SPR."Inilah kerja provokasi jahat Azeez, menggunakan media. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi. Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut, Salahuddin berkata, PAS dan Pakatan tidak ada masa melayan politik kebudak-budakan Ketua Putera Umno Malaysia itu.

2)Umno dengan angkuhnya mengeluarkan kenyataan bahawa parti - parti komponen di dalam BN punca kepada kekalahan mereka di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Mereka juga mengeluarkan kenyataan bahawa jika mereka bertanding di semua kerusi pasti ketiga - tiga negeri ini tidak tumbang ke tangan PR.

3)Orang tempatan rata-ratanya mempersoal hak privasi pantai Telok Kemang yang diberikan kerajaan Negeri Sembilan kepada pengusaha Hotel Mayangsari sejak beberapa tahun lalu.Pemberian itu disahkan bertentangan oleh Akta Tanah Pantai serta perairan di mana ianya tidak boleh dimiliki secara persendirian, apatah lagi dikorporatkan.Seorang penduduk tempatan yang enggan identitinya diketahui umum mendakwa, tanah tersebut dijual secara tidak berperundangan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).Sebelum itu, MPPD hanya membangunkan prasarana tandas awam di kawasan pelancongan itu.Kemudiannya, MPPD menjual pula sebahagian tanah awam di persisiran pantai tersebut kepada pihak korporat, Hotel Mayangsari

4)Upacara perasmian Ekspo Kenali Kelantan yang berlangsung semalam di perkarangan rumah Pak Din, Bagan Pinang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ahmad bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan.Exco penerangan Kelantan, Dr. Mohd Fazli dalam ucapannya malam tadi menjelaskan matlamat kerajaan Negeri Kelantan mengadakan program ini. Antaranya tujuan ekspo ini adalah untuk memberi penjelasan bahawa kerajaan Kelantan bukanlah pembangkang sebaliknya adalah sebuah kerajaan untuk mentadbir negeri tersebut.
Selain itu, beliau turut menjelaskan perkara sebenar terhadap tuduhan BN yang mengatakan ketidakmampuan PAS dalam memerintah negeri Kelantan yang sibuk diperkatakan media baru-baru ini.

5)PAS meminta rakyat N31 melihat sendiri nasib Dun Linggi yang diwakili Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sejak tahun 1978 lalu, sebelum membuang undi Ahad depan.Naib Presidennya Salehuddin Ayub pagi tadi mendedahkan projek perhentian bus terbengkalai sejak 10 tahun lalu, yang menjadi simbol kritikan setempat kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu. Di tangan saya ini, adalah (gambar) projek terbengkalai sejak 10 tahun lalu, dibina waktu dia (Isa) jadi Adun Linggi. Ketika Isa jadi Menteri Besar pun, ianya tidak juga selesai," katanya."22 tahun jadi MB, hanya tapak bas terbengkalai sahaja yang ada (wujud). Ia adalah rahsia umum (dan) tanda tanya seluruh penduduk Linggi, yang pengundi Bagan Pinang perlu tahu."