Oct 2, 2009

PERCAYA KEPADA TUHAN BERNAMA ALLAH:- TAKUT KEPADANYA, BERCAKAP DAN LAKSANAKAN KEBENARAN.

Surat dari Aisyah r.ha. untuk Khalifah Muawiyah berbunyi begini:
Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa yang mengusahakan keredhaan Allah sampai dikesali manusia, dia akan disokong Allah dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang membelakangkan Allah agar disenangi manusia, nasibnya akan diserahkan Allah pada manusia itu."

Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah kerana bila tuan takut pada Allah, Dia akan menyokongmu terhadap manusia. Tetapi kalau tuan takut pada manusia, mereka tidak akan dapat menolongmu terhadap Allah.