Sep 19, 2009

SYAWAL MENJELMA DAN MENDATANG.

Raya lagi DAN LAGI.
Puasa BERLALU DAN MENDATANG.

Hari ini semua orang berkata aku tak kisah pasal..................????.
Betullah, kenapa nak bising-bising.
Macamlah sebelum ni tak pernah ada orang hentam teruk-teruk.
Malah dulu selamba kodok je .
Tak ada pulak nak buat laporan polis.
Dasar perlakuan orang politik- bukan boleh ikut sangat.

Hari ini ialah hari selepas 16 September.
Tahun lepas Anwar kata nak tubuh kerajaan baru.
Yang hairannya, dah lebih setahun dah ni.
Kerajaan bayangan pun tak nampak lagi.
Tup tup Perak yang terlepas.
Dasar cakap orang politik- jangan percaya sangat.

Raya lagi DAN LAGI.

Puasa BERLALU DAN MENDATANG.
Lagi hari nak raya.
Tetapi budaya politik kita masih belum lagi boleh dirayakan.
Yang melayu masih tak selesai-selesai dengan isu pengkhianat.
Yang cina tak habis-habis dengan krisis dalaman.
Yang india tak sudah-sudah dengan Samy Vellu.

Hari ini kita dapat tengok betapa bangangnya ahli politik NGOK-NGOK.
seorang pun tak nak cakap pasal pengangkutan awam.
seoarang pun membisu pasal dasar perumahan.
seorang pun buat tak tahu tentang dasar pendidikan.
seorang pun tak ada idea tentang pelan kesihatan.

Raya lagi DAN LAGI.

Puasa BERLALU DAN MENDATANG.
Lagi hari nak raya.
Berlalu kita berpuasa.
Bukan puasa dari lapar dahaga sahaja.
Puasa dari ahli politik yang karut marut ni.

Ingat- politik itu seronok.
Tetapi ahli politik kita yang merosakkannya.

Selamat kehari-hari mendatang.

KITA BEBAS BERAYA DAN MEALAYSIA HARI RAYA. ADA RAYA UMUM DAN RAYA KECIL.
RAYA KECIL KAT BAGAN PINANG YE!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

Puasa Aku Selesai (PAS)