Jul 5, 2009

SIFAT BURUK PUNCA AZAB...............

KLIK DISINI...<Sifat takbur dan sombong boleh menyebabkan seseorang atau sesebuah bangsa itu lupa diri sehingga dia tidak pernah menyedari akan berlakunya kesilapan, kekeliruan, kesalahan mahupun kekurangan. Oleh sebab itu, sifat takbur itu akan menghalangnya daripada mengambil peringatan dan juga nasihat daripada pelbagai musibah, fenomena dan masalah yang melanda. Hal ini kerana hati mereka sudah pun tertutup rapat dan sudah tentu mereka begitu sukar untuk menerima sebarang nasihat mahupun peringatan.

Hasad dengki pula adalah penyakit tidak senang kepada orang lain yang memperoleh pelbagai nikmat anugerah Ilahi berbanding dengannya, maka dia mempergunakan segala macam helah untuk menghalang atau menghapuskan nikmat tersebut daripada musuhnya. Natijahnya, muncul bibit permusuhan dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan di antara sesama manusia.

Manakala sifat tamak pula akan menumbuhkan sifat egoistik dan materialistik. Jika sifat tersebut ada pada diri seseorang atau sesebuah bangsa, maka dia akan menjadi hamba dunia yang bersifat fana ini.

Jika ketiga-tiga(3) sifat keji ini dibiarkan membarah dalam diri seseorang dan juga sesebuah bangsa, dia akan menghalalkan semua cara dan jalan demi kehendak hawa nafsunya. Akibatnya, azab Allah dan malapetaka akan menimpa kepada umat itu kerana mereka menderhaka terhadap Allah. Malah rahmat Ilahi dan keberkatan-Nya amat jauh dan semakin sulit sekali untuk digapai dan dijejaki.

1 comment:

  1. salam..sy brharap amk klgt sihat dan dilindungi allah..Boleh tak sy nk tahu kenapa amk klgt tdk sertakan sekali apakah pembalasan bg hamba allah yg menfitnah????
    tlg serta kn sekali dgn sifat takbur&sombong,hasad dengki,sifat tamak yg amk klgt sertakan sekali di blog ini...harap diambil maklum sekian...

    ReplyDelete

good