Jul 4, 2009

ISU BANGUNAN PEJABAT DAERAH dan TANAH KUALA LANGAT.

AMK K.Lgt berjanji akan turun padang melihat sendiri, melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat seperti klik sini untuk ketengahkan pada ADUN berkenaan untuk dibawa kemasyuarat sidang dun.
AMK tidak mencari kesalahan sesipa, tetapi memegang prinsip "MEMIMPIN HARAPAN RAKYAT". AMK K.Lgt tegas berpendirian tidak berkompromi dengan perkara tidak sihat.

>AMK PANTANG DICABAR. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH<

1 comment:

  1. TERKINI: PKR Kuala Langat bubar?
    Thursday, 12 July 2007
    Oleh Wartawan klpos.com
    APAKAH ini benar? Kami menerima dua email daripada pihak yang mengaku bahawa mereka merupakan pemimpin
    PKR dan AMK Kuala Langat, dalam email tersebut mereka berkata PKR bahagian itu telah DIBUBARKAN 11 Julai.
    Sementara menunggu reaksi PKR, klpos.com menyiarkan sepenuhnya dua email tersebut.
    PKR Selangor
    Kenyataan Media
    Daripada : PKR Bahagian Kuala Langat
    No. PPM – SEL. 1429-89-461
    AJK PKR Kuala Langat Letak Jawatan dan AJK keluar dari PKR bersama 317 ahli
    PKR Kuala Langat yang bermesyuarat pada 11hb Julai 2007 telah membuat keputusan sebulat suara untuk
    membubarkan sepenuhnya Jawatan Kuasa PKR Kuala Langat dan sebahagian AJK PKR Kuala Langat membuat
    keputusan untuk keluar dari PKR berkuat kuasa serta merta pada 11hb Julai 2007.
    Mesyuarat juga menyatakan rasa kecewa terhadap kegagalan seluruh barisan pimpinan PKR samada diperingkat MPT
    mahupun Wanita Pusat bagi setiap penggal untuk turun padang.
    Pimpinan sekadar hanya sibuk bertanding merebut jawatan tetapi gagal melaksanakan tugas. Ini juga antara lain yang
    menyebabkan Wanita Bahagian Kuala Langat gagal mengadakan Mesyuarat Agong pada pemilihan yang lalu walaupun
    pembantu khas kepada Presiden PKR, Faekah Husin adalah merupakan wanita Kuala Langat.
    Jawatan kuasa yang telah meletakkan jawatan dan keluar PKR bersama ahli berharap dapat meneruskan perjuangan
    yang lebih jelas bersama GERAK yang diasaskan oleh Saudara Ezam.
    Kami juga amat yakin bahawa PKR bahagian Kuala Langat lumpuh sepenuhnya kerana AJK Bahagian yang bertindak
    keluar Parti adalah merupakan kekuatan, tulang belakang dan penggerak PKR di Kuala Langat selama ini.
    Bersama membuat keputusan untuk membubarkan dan keluar dari PKR adalah :
    Ketua Bahagian : Abdul Razak Halidi
    Naib Ketua : Pragas A/L Kandasamy
    Setiausaha : Abdil Anas Bin Hashim
    Bendahari : Jahlaila Binti Senawi
    Ketua Penerangan : Saifuddin Bin Sulaiman
    AJK Bahagian :
    Roslani Md Ariff
    Miswannuddin Bin Ramlan
    Razali Bin Ahmad
    Asmadi Bin Awang
    Arman Bin Abdul Karnain
    Sabirin Bin Sarif
    Murad Bun Jani
    Jamal Bin Senawi
    Shahrudin Bin Karnain
    Ahmad Hilmi Bin Abdul Hadi
    Abdul Rani Bin Hj Kamel
    Abdul Razak Bin Halidi
    Ketua Bahagian PKR Kuala Langat
    019 6685464
    ---------------------
    Email kedua
    KLpos.com - Apa Siapa Mengapa :: Suara Umat Melayu
    http://ww1.klpos.com/klpos Powered by Joomla! Generated: 7 July, 2009, 16:24
    Kenyataan Media
    Daripada : Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Langat
    No. PPM – SEL. 1429-89-461
    Angkatan Muda Keadilan Kuala Langat Bubar dan Seluruh AJK AMKB keluar dari PKR
    Angkatan Muda Keadilan Kuala Langat yang bermesyuarat pada 6hb Julai 2007 telah membuat keputusan sebulat suara
    untuk membubarkan sepenuhnya Jawatan Kuasa AMKB dan seluruh AJK AMKB sebulat suara membuat keputusan
    untuk keluar dari PKR berkuat kuasa serta merta pada 7hb Julai 2007.
    Keputusan ini dibuat setelah perbincangan secara terbuka dengan menerima semua pandangan dari Ahli AJK AMKB.
    Agenda perjuangan PKR yang semakin tidak jelas dan tiada kesungguhan pimpinan atasan dalam memperjuangkan
    agenda parti membuatkan kami merasakan PKR dan pimpinan pusat tidak serius.
    Kami juga secara jelas menyatakan bahawa kami tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap AMKM dibawah
    kepimpinan Syamsul Iskandar yang langsung tidak pernah teruji dan dikenali sebagai pemimpin yang tidak pernah
    bekerja untuk parti. Kami juga memutuskan untuk meneruskan penentangan terhadap rasuah dan perjuangan asal PKR
    ditubuhkan untuk kepentingan rakyat.
    Bersama membuat keputusan untuk membubarkan dan keluar dari PKR adalah :
    Ketua Angkatan Muda : Shaharuddin B Hj. Shahabuddin
    Timb Ketua AMKB : Razali Bin Ahmad
    Naib Ketua AMKB : Kunahlan A/L Kerisnan

    ReplyDelete

good