Anak muda yang berani menampilkan cerita sebenar berlaku, berkata "merasa bertanggungjawab terhadap kerajaan dan sudah lama terpendam untuk mengadu masaalah dan kepada siapa".
Beliau dan rakan cuba mencadangkan aktiviti untuk menarik orang ramai supaya datang dan memeriahkan suasana pantai disamping meningkatkan hasil perniagaan , tetapi tidak disokong oleh Ahli Majlis berkenaan.
Untuk pengetahuan, pada bulan Mac yang lalu Pantai Morib ada menganjorkan Battle of the Band yang dianjorkan bersama MPP zon gandingan Viper 2 ... (syarikat kepunyaan s/u MPP zon). Apa yang berlaku sehingga kehari ini masih terhutang dan tuntutan perbagai seperti yang dijanjikan penganjor tidak ditunai. Sdr Bob sendiri terlibat dalam anjuran itu dan merasa malu apabila tuntutan hutang diminta kepadanya. Beliau juga berkata semua dukoman masih lagi ada dalam simpanannya sebagai bukti.
Sdr Bob berharap, untuk kembali kepada Pantai Morib dikenali ramai dan peniaga gerai menjadi perniagaan maju, perlulah kerajaan negeri selalu mengada aktiviti duPantai Morib. Nasihat beliau jangan bazirkan kemudahan yang ada dipantai Morib.
Kemudahan-kemudahan diPantai Morib seperti gelanggang gasing dan Bangunan Pesat langsung tidak diguna. Hanya pentas sahaja yang diguna. Itu pun sewa nya terlalu mahal sehingga pendapatan tidak seberapa dan kemampuan pengurusan untuk bayar sewa tidak lepas. Kos sewa pentas mencecah hampir RM 1000 sebulan. Sedangkan pendapatan harian purata sehari RM 60- RM 70 sahaja dan cuti pada hari Jumaat.
Sementara itu juga Seorang anak raja berketurunan Bugis menceritakan masaalah sampah yang bertimbum. Tidak ada tong disediakan dan sampah dilunggokkan diatas tanah sahaja. beliau merayu pada s/u MPP zon untuk tindakan. Tetapi langsung tidak dihiraukan. "Mungkin beliau ,tidak berniaga lagi disitu. Pada hal memiliki gerai di sini".
keADILan