Jul 11, 2009

PEMILIHAN AHLI MAJLIS KUALA LANGAT MEMPUNYAI AGENDA KORAP

Semalam majlis mengangkat sumpah Ahli Majlis berlangsung dengan tidak mencukupi 24 orang Ahli Majlis. Mengapa dan kenapa?

Dari Parti Keadilan Rakyat juga mengalami masaalah perlantikan Ahli Majlis. Perkara yang menyedihkan rakyat K.Lgt. Seluruh Ahli Majlis lupa siapa mereka, dari mana mereka datang untuk duduk kerusi Ahli Majlis. Mereka tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepertimana kehendak rakyat untuk menukar kerajaan semasa PRU 12 lepas.

Kehendak rakyat semasa kempin sebelum pilihanraya, rakyat menolak cara BN memilih Ahli Majlis. Cadangan dari parti yang tidak menyokong BN memilih cara pilihan undi dari penduduk tempatan. Tetapi selepas kemenangan kepada Pakatan Rakyat adalah tidak menjadi kenyataan.

Apa yang berlaku di K. Lgt, Pemangku Ketua Bahagian (sdr Norazmi), tersasar jauh menguasai kehendak prinsip parti kerana cuba memilih orang-orang yang berkepentingan juga dipilihnya sendiri dan menyokong menjadi Ahli Majlis kerajaan Tempatan. Sehinggalah orang yang tidak berkenaan bolih menduduki kerusi Ahli Majlis. Dan menjadi kekosongan 1 kerusi Ahli Majlis dari KEADILAN tidak diduduki. Kekosongan itu kerana sdr Jonah tidak hadir mengangkat sumpah. Mengapa tidak hadir sedangkan sanggup memohon untuk jawatan tersebut. Kenapa beliau mengkhianati hak penduduk K.Lgt. Beliau bukalah penduduk tempatan K.Lgt. Yang hanya dikenali sebagai berjawatan Ketua AMK Selangor sahaja. Kalaulah beliau sekalipun kemaruk jawatan Ahli Majlis dan berani memohon kerana sokongan Norazmi, beliau perlu bertanggungjawab mengisi kerusi tersebut untuk kekuatan kerusi KEADILAN.

Rakyat K.Lgt amat mengenali siapa penduduk tetap K.Lgt. Juga ahli-ahli parti sendiri mengenali siapa yang patut menduduki kerusi itu untuk mentadbir sebagai penyambung kepada kehendak rakyat K.Lgt.

Dan apa yang terjadi pada hari ini setelah lebih setahun, Ahli-ahli Majlis yang menduduki kerusi itu ternyata tidak tahu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan tidak amanah.

Mereka cuba guna kerusi Ahli Majlis sebagai gran untuk kesenangan melaksanakan projek-projek berkepentingan sendiri sahaja.

Baru-baru ini sehingga berlaku rasuah melibatkan nama 2 Ahli Majlis dari KEADILAN dalam laporan polis pada 04-06-2009 dan no. repot BANTING/003938/09. Sangat memalukan nama baik/maruah parti yang ditunjang olih DSAI.

DSAI sanggup kepenjara untuk membela nasib rakyat tertindas dari kezaliman untuk menegakkan kebenaran, tetapi mereka-mereka ini menjadikan prinsip yang dibawa dari parti, dibakul sampahkan.

Inilah sikap pejuang akar umbi yang benihnya dari orang dulunya berpolitik dalam BN yang merasa dendam kerana tidak dapat larva semasa dalam BN dulu. Mereka kecewa dan tinggal BN serta tukar kepada bendera KEADILAN.

Kalau inilah yang telah berlaku, jika tidak diambil tanggungjawab berat untuk pemutihan, maka rosaklah agenda perjuangan DSAI untuk memertabatkan rakyat seperti yang dilaungkan selama ini. Seperti pepatah lama berkata” KERANA NILA SETITIK, KOTORLAH AIR SETIMBA”

Walaubagaimana pun pada pandangan AMK K.Lgt, perkara ini sudah berlalu dan AMK K.Lgt amat berharap yang keruh dapat dijernihkan kembali. Bumi mana tidak ditimpa hujan. Namun soal maruah KEADILAN harus diambil kira kerana ramai sahabat2 yang turut terasa bila maruah KEADILAN dicemari.

Soal maruah itu perkara besar. Berani kerana benar. Soal samada AMK K.Lgt akan dipecat atau tidak, bukan soal yang besar buat AMK K.Lgt. AMK K.Lgt bukan akan kehilangan jutaan projek kalau AMK K.Lgt dipecat oleh KEADILAN. AMK K.Lgt masih belum dipanggil untuk membela diri oleh Jawatankuasa Disiplin Pusat. Tetapi soal maruah itu harus diutamakan. Soal keadilan dan kebenaran itu harus ditegakkan. Lawan tetap lawan..

Bagi AMK K.Lgt jawatan itu amat penting, Dan janganlah persia-siakan jawatan sesebuah organisasi untuk kebaikan kepada agenda korap.


1 comment:

good