Jul 20, 2009

MOHD EZAM 67 MEMUTAR BELITKAN FAKTA DENGAN EMOSI


Semalam Ezam dalam ceramah yang berakhir lewat jam 12.15 tgh malam anjuran pemuda umno, cuba menghasud rakyat Kanchong Darat Banting. Dan menimbulkan keresahan pada penduduk Kanchong Darat dengan membakar semangat anak muda agar bangkit faham erti sebenar umno yang sudah ditolak rakyat. Untuk membakar semangat anak muda melayu, biarlah didahulukan dengan sopan budi bahasa melayu Islam yang berkedudukan Amal Maarof Nahi Mungkar.

Beliau juga cuba menuduh AMK K.Lgt sudah tiada Di Kuala Langat, adalah satu kenyataan karut. Tidak sepatutnya beliau tahu lagi dalaman parti keADILan. AMK K.Lgt tetap utuh dan masih bergerak aktif juga masih menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran dengan satu matlamat yang memiliki prinsip Islam itu benar.

AMK K.Lgt tetap tidak berganjak untuk kebenaran. Ada kebenarannya AMK K.Lgt tetap bersetuju dengan janji sumpah keramat yang dipimpin beliau semasa keADILan Nasional dulu. Kami tidak menyokong pada sesumpah keramat yang memiliki lidah bercabang.

Sementara itu juga Ezam cuba menghasud rakyat Kanchong Darat untuk mengutuk cara himpunan yang berlaku di Stadium Kelana Jaya semalam. Dimanakah kebenaran beliau sebagai anak melayu yang berpegang pada Alquran dan Hadis?

Buat JDM Kancong Darat, AMK K.Lgt ucap tahniah kerana bersikap adil untuk semua, tetapi biarlah ada batasnya.


Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.
Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin.
Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock"


Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.

Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.

Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam.

Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut.


'Teoh di bawah jagaan SPRM'

Mengulas lanjut, beliau berasa amat marah dan sedih dengan kematian Teoh ketika di bawah pengawasan SPRM

“Dia pemuda sihat ada idealisme dan mahu menyambung pembangunan negara. Beliau menghadiri siasatan kepada SPRM tapi keluar sebagai mayat, Bagaimana jadi begitu?

“Kematian beliau penuh dengan misteri menyebabkan rakyat mahu mengetahui apa yang berlaku,

“Dia (Teoh) jadi saksi, bukan suspek. Bukan begini caranya (menyiasat). Dan mereka harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh. Kerana Teoh berada di bawah penjagaan SPRM. “Kita berasa marah dan sedih. Sebab kita manusia,” kata Kit Siang. Beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM yang tidak menyiasat berhubung skandal PKFZ yang membabitkan RM12.5 bilion dan juga banglo mewah milik bekas menteri besar
a.