Jul 29, 2009

JOM PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI."RAKYAT HAKIM NEGARA"



AMK Cabang KEADILAN Kuala Langat Tetap Bersama 1 Ogos 2009.


*** 1 OGOS 09 - MANSUHKAN ISA - KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ***

Apa nak jadi-jadilah. AMK Cabang KEADILAN Kuala Langat tetap bersama 1 Ogos 2009. Anak-anak Kuala Langat sudah tentu turun menyokong tuntutan 3 perkara untuk keadilan. Kalau lah anak TAWAS besar tentu akan turut serta. AMK Cabang KEADILAN Kuala Langat akan pastikan penyertaan warga Kuala Langat tidak ketinggalan dan agar himpunan berjaya sehingga matlamat tercapai.

Kenapa pula kita perlu takut untuk turun dalam perhimpunan, dimana mencari hak keadilan rakyat itu terletak dipuncak utama. Rakyat perlu dibela dan disamping kita semua sibuk dengan tugas-tugas harian untuk membela periuk nasi rumah tanggamasing-masing.

Kerajaan BN tidak perlu mengarah polis untuk menyekat agar orang ramai tidak menghadiri perhimpunan itu. Perlu pula menjaga keselamatan rakyat jelat dalam hal ini. Ia adalah termaktub perkara 10, perlembagaan Malaysia.Tidak mungkin rakyat tidak akan turun di perhimpunan kerana Kerajaan BN punya angkara.

Jika betul Kerajaan BN iklas untuk kepentingan rakyat, sudah tentu tidak akan berlaku perhimpunan. Polis jangan bermuka-muka untuk BN. Jelas Kerajaan BN sudah tidak adil kepada rakyat mengapa perlu menghalang rakyat meluahkan perasaan dijalan raya.

Rakyat tidak sebodoh itu, untuk berbuang masa dijalan raya. Adalah penting untuk memberi mesej yang jelas kepada semua yang ada kepentingan dalam korap BN.

Mengapa kita tidak takut berkata " Tangkap pemimpin pemerintah BN, Tangkap Peguam Negara, Tangkap Pengarah SPRM, Tangkap Ketua Polis Negara" kerana ada kebenarannya. Tidak mungkin rakyat berbuat begitu, kerana negara ada undang-undang. Rakyat mesti menghormati undang-undang.

Pemerintah BN gegar pada rakyat untuk menghormati undang-undang, tetapi mereka sendiri mengirik undang-undang.

Sekali lagi Penasihat
AMK Cabang KEADILAN Kuala Langat menasihatkan agar seluruh warga Kuala Langat turun ramai-ramai menyahut suara rakyat ramai diperhimpunan pada 1 ogos 2009 dengan tertib/sopan juga mengikut arahan dan jangan sesekali melakukan perkara menyalahi undang-undang. Sekiranya berlaku tangkapan, oleh kerana kesalahan munasabah, kepimpinan parti PR Kuala Langat tidak akan bertanggungjawab keatas kamu.