JANGAN ARUS UMNO BN DIBAWA DALAM KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.
Hari Isnin yang lepas, saya selaku Setiausaha2 AMK Cabang K.Lgt, turut serta bersama Penasihat AMK Cabang K.Lgt mengziarahi kematian seorang pemuda Kampong Melayu, Pulau Carey yang mati mengejut. Saya juga merasa sedih apabila melihat sendiri ketika suasana diperkarangan kubur disitu.
Inilah rupa pondok untuk berteduh dan tiada stor untuk menyimpan alatan kerja-kerja kubur.
Tujuan gambar-gambar kubur diambil bukanlah sengaja tetapi untuk menilai cara pentadbiran lama BN terhadap penduduk dihujung kampong. Pemimpin politik semasa itu lebih gairah untukmembolot dimana tanah yang masih kosong untuk dimiliki. Rebutan kuasa berlaku, cara hidup penduduk terabai dan ketinggalan. Sedangkan penduduk juga mengeluarkan hasil untuk negeri menjadi makmor yang disebut Darul Ehsan.
Lebih pilu lagi apabila Hanyar bersama mengiringi mayat diperkarangan kubur, kemudahan asas tidak lengkap. Diberitahu oleh ketua penduduk disitu kubur telah beroperasi sejak hampir 10 tahun.