AMK K.Lgt AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN UNTUK MEMERTABATKAN PARTI
Petang tadi En Shahharuddin dan Abdul razak telah berjumpa dengan Tim Presiden, kononnya perbincangan untuk menyelesaikan masalah kemelut AMK di Bahagian. Setelah pertemuan yang di rancang oleh sdr Khairul untuk pertemuan itu, terserlah sangat penipuan dari sdr NorAzmi dan Khairul mempunyai angkara niat jahat terhadap Ketua AMK K.Lgt dan Ketua Bahagian sdr Razak.
Semasa pertemuan dgn Tim. Presiden, beliau menyatakan perkara ini telah selesai sejak lama dulu. Pihak AMK K.Lgt merasa kecewa dengan respon yang dibuat pihak atasan parti, kerana terlalu banyak mengambil jalan mudah sehingga ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap parti dan cuba mengelirukan keadaan.
AMK K.Lgt tidak akan merasa serik untuk membuktikan hak mutlak Ketua AMK K.Lgt dan Ketua Bahagian untuk terus memimpin/menerajui bahagian K.Lgt.
Majoriti AJK bahagian dan AJK AMK bahagian tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh NorAzmi yang terlalu gila jawatan, sehingga lupa dengan kuasa beliau sebagai timbalan K.Bhg. Beliau tidak mempunyai hak untuk memecat Ketua Bahagian dan Ketua AMK kata Timbalan Presiden. Nasihat beliau kalau ada kekeliruan pun, dimana surat tunjuk sebab dari parti untuk kepastian yang boleh menjadikan fakta.
Kami dari AJK AMK Bahagian akan terus memperjuangkan hak kepentingan rakyat K.Lgt, dan disamping itu , kami akan terus menolak orang yang terlibat membuat fitnah terhadap Ketua AMK K.Lgt serta Ketua Bahagian.
Ketua AMK dan Ketua Bahagian akan terus memperjuangkan untuk kebenaran dan kebaikan pengundi K.Lgt, itu permintaan kami dan AJK Bahagian.
keADILan
No comments:
Post a Comment
good