May 11, 2009


tahniah...
Penasihat AMK yang juga Ketua Bahagian keADILan Bahagian Kuala Langat mengucap sukur kehadrat Allah, segala apa yang bersejarah pada hari ini di kerajaan negeri Perak.Beliau juga memohon agar penduduk Kuala Langat yang beragama Islam mengikut jejak apa yang dilakukan olih Mursidul Am PAS, supaya melaksanakan sembahyang sunat 2 rakaat untuk kesyukuran kepada yang hak.
Saya dimaklomkan bahawa Sdr penasihat kami sekarang masih dalam perjalanan pulang dari Ipoh Perak dan akan sampai pada malam ini juga diBanting K.Lgt. Saya selaku ketua penerangan AMK K.Lgt menerima panggilan talipon dari beliau pada jam 4ptg tadi dan berita menggembirakan. Saya mendoakan agar perjalanan beliau selamat sampai.

Sementara itu juga.Laporan dari mahkamah tinggi mengisytiharkan bahawa DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah..!!

Alhamdulillah..Allah telah memakbulkan doa2 kita semua..

Tahniah
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin..

Tahniah juga kepada seluruh rakyat Perak ..

Tahniah kepada kakitangan SUK kerana DS Nizar akan mentadbir semula ...
maknanya Zambry kena la angkut barang keluar dari pejabat...DS Nizar takkan bertindak kasar terhadap Zambry..keluar lah secara sopan santun..PR tak ganeh macam BN main halau2 orang yg terhormat..

Seluruh umat Islam penyokong Pakatan Rakyat di seru Sujud Syukur di atas kemenangan Hj Nizar sebagai MB yang sah. Sujud Syukur sebagai pernyataan syukur kepada Allah swt yang sekali lagi menganugerahkan kemenangan setelah kemenangan pertama di Bukit gantang. Ahli PAS jangan sombong dan angkuh di atas kemenangan. Kita ditarbiyyah supaya meraikan kemenangan dengan bertasbih, bertakbir, bertahmid dan beristighfar kepada Allah swt. ALLAH SENTIASA DI PIHAK YANG BENAR, SABAR DAN SOLAT.

TAKBIR ! TAKBIR ! TAKBIR !
keADILan

No comments:

Post a Comment

good