Dec 21, 2008

KOMEN Angkatan Muda keADILan K.Lgt.....

Mutakhir »
Jerit: Jeyakumar mahu perjelas Sultan Selangor

Saya rasa jika Tuanku tahu apa yang benar-benar berlaku, Tuanku akan sokong

Dr. D. Jeyakumar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar akan menulis surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai kempen Berbasikal Untuk Perubahan anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) termasuk membabitkan negeri itu baru-baru ini.

Sehubungan itu, kata Jeyakumar, beliau percaya ada pihak-pihak tertentu yang sengaja menyampaikan maklumat tidak tepat kepada baginda sehingga menganggap Jerit telah mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan-tujuan tertentu termasuk kepentingan politik.

"Saya tak tahu apa yang diberitahu kepada Tuanku (Sultan Selangor) mengenai situasi ini, jadi saya akan tulis surat kepada Tuanku dan buat penjelasan.

"Saya rasa jika Tuanku tahu apa yang benar-benar berlaku, Tuanku akan sokong," kata ahli Jawatankuasa Kuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia ini kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bahawa Sultan Selanngor kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab memperalatkan kanak-kanak dalam kempen mereka.

Kata Jeyakumar, program berbasikal dari utara ke Kuala Lumpur tersebut, yang berakhir Khamis lalu, sebenarnya telah memberikan para peserta pengalaman serta pendedahan baru mengenai kehidupan masyarakat di tempat yang dilawati.

"Anak saya yang berusia 15 tahun juga terbabit dalam kempen ini kerana mereka dapat rasai banyak pengalaman baru tentang dunia luar.

"Mereka juga singgah bermalam di estet serta perkampungan Orang Asli... ini pendedahan yang cukup baik," katanya.

Bagaimanapun beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu terutamanya polis yang dilihat begitu tidak menyenangi program Jerit itu.

Ditanya mengenai perkembangan terkini bahawa polis sedang menyiapkan kertas siasatan bagi mendakwa Jeyakumar yang turut ditahan di Rawang minggu lalu kerana menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen berkenaan, anggota Dewan Rakyat itu berkata, beliau sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Mereka nak dakwa... bagi mereka dakwa, kita boleh jumpa di mahkamah.

"Saya ada cukup peguam kerana saya yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam perkara ini," katanya.

Namun kata beliau, usaha pihak polis itu hanya akan merugikan masyarakat kerana mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada menjaga ketenteraman awam.

Pada 15 Disember lalu, polis turut menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie kerana dipercayai terbabit dengan penganjuran kempen kayuhan basikal tersebut.

komen kami;

Komen ketua polis Selangor sehingga Tuanku Sultan Selangor, terbabit membuat kenyataan bahawa Jerit telah melakukan kesalahan. Bagi pendapat kami, ada banyak perkara yang boleh kita andaikan. Tentang, Jerit tidak berdaftar adalah perkara mudah. Masaalah remaja bawah umur pun perkara mudah juga.KAMI RASA, JERIT BOLIH DAFTAR DAN SIAP DENGAN PERLEMBAGAAN.

Masaalah yang menghantui kepinpinan barisan nasional adalah kepentingan politik sempit mereka sahaja. Sebab senario politik sekarang telah berbeza seperti yang lalu. Dulu, orang-orang India rata-rata ramai menyokong barisan nasional. tetapi sekarang telah berubah arah kepada Pakatan Rakyat. Berbalik kepada isu ini, rakyat Malaysia tidak perlu takut untuk kebenaran. Seperti kata, kita pinjam kata-kata DSAI. Iaitu "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan."

Kepada Jerit, AMK K.Lgt ingatkan agar bersopan setiap pergerakan/aktiviti. Apa yang dilihat dalam kenyataan diatas atau setiap program yang berlangsung, kami meneliti amat sihat progrem itu. Imbas kembali apa yang berlaku di Penang, basikal mereka di bakar. Tindakan polis macam mana?

Bagaimana pula dengan putera umno pada tahun-tahun yang lepas? Apa yang dapat lihat progrem itu, tidak memberi erti kepada kebaikan. Putera umno menganjurkan riadah bermotor. Ramai-ramai remaja terlibat mengaku sendiri tidak memiliki lesen menonggang motor, bebas dadah, bawah umur, bercampor lelaki perempuan dan banyak lagi. Mengapa tindakan tidak diambil? Apakah progrem ini kerana penganjurnya melayu atau umno?.

Kami dari AMK K.Lgt mohon komen dari pembaca semua untuk memberi pandangan lebih adil lagi.

"RAKYAT HAKIM NEGARA"


keADILan

No comments:

Post a Comment

good