Dec 20, 2008

GEMPUR PENGUNDI HANTU





AMK akan gempur habis-habisan PRK Kuala Terengganu




(Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Shamsul antara yang akan di bincangkan nanti ialah penubuhan bilik gerakan, pengagihan dan atur cara ceramah, membantu semakan daftar pengundi dan pelbagi lagi tugas yang membabitkan kempen pilihan raya.

AMK akan pastikan gelombang kemenangan Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu turut melanda P36 Kuala Terengganu ini, katanya.

AMK akan menggabungkan seluruh AMK negeri-negeri untuk sama-sama turun berkampung di Kuala Terengganu untuk membantu dan bekerjasama erat dengan Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat, katanya.

Kemenangan ini amat bermakna kepada Pakatan Rakyat justeru gerak gempur pemuda harus berjalan dengan baik dan berkesan di semua pelusuk di kawan Parlimen Kuala Terengganu, katanya.

Kata Shamsul jentera pemuda Pakatan Rakyat juga akan memastikan tidak terdapat kemasukan pengundi hantu pada sebelum atau pada hari membuang undi pada 17 Januari nanti. keADILan

1 comment:

  1. Awas dengan peminta sedekah yang menipu orang ramai di Bukit Bintang dengan menggunakan kucing kucing terbiar untuk mengisi temboloknya sendiri ..

    Lihat pendedahannya di http://jamilkucingpondan.blogspot.com. Dulu kononnya reformis, sekarang sudah menjadi pengemis yang menipu dan pengiat sex songsang !!!!

    ReplyDelete

good