Dec 18, 2008

Jerit serah memorandum kepada PM dan Ketua Pembangkang tengah hari ini


KUALA LUMPUR: Seramai 100 peserta program 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dijangka akan datang ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang pada jam 12 tengah hari ini.

Mereka dijangka akan memasuki Dewan Serbaguna di sini dengan menaiki basikal kira-kira jam 11.30 pagi.

Pihak polis telah pun mula mengawal pintu masuk ke Parlimen sejak pukul 7 pagi tadi bagi tujuan keselamatan.

Semalam, seramai 120 peserta program itu telah menyerahkan satu memorandum mengandungi enam tuntutan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Polis telah pun menahan 57 orang termasuk 28 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditahan polis kerana progrma itu di sekitar Sungai Choh, Rawang, Isnin lalu

Antara yang ditahan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota Parlimen Sungai Siput, Dr D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM
keADILan

No comments:

Post a Comment

good