Nov 26, 2008

Menyambut Hari Raya Qurban Dengan Rumah Baru...

Amk Kuala Langat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Zakat Selangor kerana amat prihatin pada saudara baru En.AbuBakar Munusamy Abdullah (pesara JKR) (gmbr sblh).Beliau telah mendapat sebuah rumah baru dengan kerjasama Ketua Bahagian KeADILan Kuala Langat En Abdul Razak yang membantu untuk mendapatkan sebuah rumah mengantikan rumah lama yang telah uzur, daripada Jabatan Zakat Selangor.


Sebelum Pakatan Rakyat memerintah rumah beliau (En AbuBakar) telah diluluskan oleh Zakat Selangor hanya untuk mengantikan bumbung dan dinding yang rosak sahaja.Maka beliau mengadu pada En Abdul Razak dan telah menanganinya dengan membuat laporan semula pada Zakat Selangor.Dengan kerjasama Exco Kebajikan iaitu YB Roziah dan telah mendapat perhatian.Pada hari ini telah menampakkan begitu perhatinya Pakatan Rakyat kepada rakyat seperti ini.

Inilah keadaan rumah yang sedang dibina yang mempunyai tiga buah bilik tidur dan sebuah bilik air.Rumah ini dibina diatas tanah beliau sendiri yang beralamat di Lot 45 Batu 17 1/2 Kampung Sungai Manggis 42700 Banting.Menurut Ketua Bahagian En Razak, AMK Kuala Langat kini sedang giat memantau rakyat yang memerlukan kebajikan dan pertolongan di Kawasan Daerah Kuala Langat.




No comments:

Post a Comment

good