Nov 26, 2008

AMK Kuala Langat Merasa Kesal Dgn Kontravesi Bahagian Sehingga Tidak Dapat Mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan AMK 2008

Kami AMK Kuala Langat amat merasa kecewa dengan sikap sebahagian kepimpinan Bahagian yang menghalang AMK mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan 2008 yang lepas.Walau apa pun ,sikap AMK Kuala Langat yang begitu tidak merasa kecewa dan mempunyai Visi PEMUDA PANTANG DICABAR.Kami teruskan dengan aktiviti-aktiviti AMK di Bahagian walaupun tidak menyerlah.AMK tahu apa yang dilaksanakan walaupun setiap pergerakan kami tidak dihormati pada orang yang berkepentingan.


Kami akan terus menggerakan parti untuk kebaikan Pakatan Rakyat di Selangor untuk terus memerintah seperti mana yang dilaungkan MENENTANG KEZALIMAN DAN MENEGAKKAN KEBENARAN.


Kami merasa sedih pada Kongres kali ini (2008),tidak dapat menghadari sebagai perwakilan sepertimana tahun-tahun yang lalu dibawah kepimpinan Saudara Abdul Razak.Walau apa pun kami AMK Kuala Langat akan menghadiri juga sebagai pemerhati.


AMK Kuala Langat menyeru kepada semua ahli-ahli keADILan untuk datang beramai-ramai ke Kongres yang diadakan pada pada 28,29 dan 30 November bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.Semasa Kongres itu juga ada karnival jualan dan ceramah/ amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kepimpinan Pakatan Rakyat.

Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah menghubungi :
(Ketua AMK Kuala Langat En Sharuddin 012 3343 135)

No comments:

Post a Comment

good