Sejak bulan Ogos lagi, Pak Akop sudah meramalkan Timbalan Presiden akan ditandingi oleh Zaid, Azmin dan Mus. Cuma ramalan Mus akan menarik diri masih belum menjadi kenyataan.
“Apa pendapat Pak Akop tentang pertandingan Timbalan Presiden?” tanya Nizam.
Dan semalam sudah sah, Zaid, Azmin dan Mus akan bertanding. Tapi itu setakat pencalonan, hari mengundi masih jauh lagi. 24 jam dalam politik adalah satu masa yang cukup panjang…macam-macam boleh berlaku. Malah tawar-menawar akan terus berlaku.
Aku nak imbas balik banyak perkara yang berlaku sejak dua bulan yang lepas.
Apabila Zaid mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, ada orang tak suka. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan Zaid tidak bertanding. Awal-awal lagi, berbagai tuduhan dilemparkan terhadap Zaid. Ada yang kata Zaid ditaja oleh Daim Zainudin. Ada yang kata Zaid bagi 20,000 setiap cabang..kemudian turun sehingga 5,000. Kemudian dikaitkan pula hubungan Zaid dengan Soh Chee Wen. Semuanya dilakukan untuk menghancurkan kredibiliti Zaid.
Dan Zaid hampir tumbang. Dia menawarkan untuk menarik diri sekiranya Khalid bertanding. Tapi ini pun bukan betul, cuma strategi sebab Khalid dah bagi tau siang-siang dia tak akan bertanding. Tapi kalau Khalid serius, Zaid akan tetap mengundurkan diri.
Dalam pada itu, Rahimi pulak buat sidang media. Kalau diamati apa yang berlaku pada sidang media tersebut…orang-orang yang menghalang sidang media Rahimi adalah Suresh Kumar. Ini orang kuat Mus. Dan dalam Malaysiakini, Mus juga bertanya “Siapa yang bawa Rahimi kepejabat Anwar.’
Nampak macam soalan Mus ni macam soalan bodoh. Dan Rahimi juga jawab..’Tanya kat Anwar la”
Hakikatnya, soalan ini masih tak terjawab. Siapa yang bawa Rahimi ke pejabat Anwar?
Yang marah dengan sidang media Rahimi ialah Mus. Yang kena teruk ialah Zaid. Yang untung dari sidang media tersebut sapa?
Sebaik saja sidang media Rahimi dibuat, tuduhan terus dibuat bahawa Zaid adalah dibelakang sidang media tersebut. That was the last straw for Zaid.
Zaid terus memanggil sidang media keesokan harinya. Aku pun tulis bahawa akan ada perkara sensasi yang akan diumumkan oleh Zaid. Sebenarnya, sidang media tersebut adalah untuk mengumumkan bahawa dia (Zaid) akan menarik diri dari bertanding sebarang jawatan. Fed-up dengan dirty politicking. Tetapi atas nasihat orang-orang tertentu, dia tak jadi mengumumkan untuk menarik diri, sebaliknya mengumumkan akan menarik diri kalau Nurul Izzah bertanding. ha..ha. Tiba-tiba nama Nurul Izzah naik. Memang surprise. Tapi masa tu, Zaid dah memang tau Nurul dapat 3 pencalonan.
Tup-tup, Khalid umum untuk bertanding Timbalan Presiden. Macam mana boleh jadi macam tu? Sapa yang suruh Khalid buat pengumuman?
Dan Khalid kata, dia akan buat keputusan berdasarkan nasihat think-tanknya seramai 4 orang. Betul ka? Dan adakah penarikan diri Khalid atas nasihat think-tanknya? Itu semua strategi. Mana ada think tank..
Sebaik saja Khalid mengumumkan untuk bertanding, tup-tup HQ buat pengumuman..Nurul layak bertanding Timbalan. tak haru ka? Dan bukan itu saja…Anwar pun sokong kalau Nurul bertanding!! Lagi sekali kita semua kena main. ha.ha.ha.
Minggu lepas memang haru biru. Khalid tak mau bertanding, tapi disuruh bertanding. Nurul nak bertanding, tapi disuruh jangan bertanding…itu dibelakang tabir. Tapi diluar, kita nampak Khalid nak bertanding…Nurul seolah-olah tak dapat nak buat keputusan. Itu la politik.
Pada 12/10 (Selasa)…Azmin dan Anwar berbincang di Jakarta. 13 Okt, maklumat tentang apa yang dibincangkan sudah diketahui. “Think-tank” Khalid akan memberi “nasihat” kepada Khalid supaya berundur. Dan Nurul akan bertanding Timbalan.
Semuanya ini dilakukan untuk memastikan Zaid tidak bertanding Timbalan. Kalau Nurul bertanding, Zaid kena ketepi..kalau tidak orang kata dia tak berprinsip. Tapi macam mana kalau Nurul menarik diri disaat akhir?
Pada 14 Okt, Nurul, Zaid, Wan Azizah dan seorang utusan Khalid berjumpa di suatu tempat. Terrence Netto mengesahkan perkara ini.
Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah meminta Zaid dan Khalid menarik diri dan Nurul akan bertanding Timbalan. Dan semuanya bersetuju.
Pada 15 Okt…maklumat sampai mengatakan Nurul akan menarik diri dari Timbalan atas desakan tangan ghaib. Kalau ini berlaku, Timbalan Presiden akan ditandingi hanya oleh Mus dan Azmin.
Mus bukan lawan Azmin. Mus bukan pejuang yang berani menentang arus. Dia bermazhab Anwar dan apa saja kata Anwar, dia akan ikut. Kalau Anwar suruh dia tarik diri, dia akan tarik diri. Dan akhirnya, Azmin menang percuma.
Pada 16 Okt, memang benar..Nurul hanya bertanding jawatan Naib Presiden dan Khalid Ibrahim menarik diri. Kalau Zaid tak bertanding Timbalan, Azmin sudah boleh menempah baju melayu dan menyediakan ucapan kemenangan.
Itu baru takat Pencalonan. Dalam masa dua minggu ini…macm-macam lagi boleh terjadi. Dan pertandingan ini bukan lagi diantara Azmin, Zaid dan Mus…tapi ianya adalah pertandingan diantara Anwar, Azizah dan Nurul.
Dari Blog UREKA
No comments:
Post a Comment
good