Aug 25, 2010

PEMILIHAN KETUA AMK - LUAHAN CHEGU BARD


Angin Pemilihan makin terasa...

Angin pemilihan makin terasa. Ramai teman - teman mula resah dan mendesak untuk che'GuBard mengumumkan pendirian untuk bertanding Ketua Angkatan Muda Malaysia.

Tidak akan umum

che'GuBard dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding. Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga kenapa perlu heboh - heboh urusan dalam rumah kita. Lebih - lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti.

Parti ini telah matang. che'GuBard amat yakin dengan kematangan ahli - ahli muda parti. Mereka bukan orang lain, kebanyakanya ialah mereka yang bergelumang bersama menyambung nafas dan membina parti ini dalam keadaan susah dan senang.

Maka kami saling mengenali dan sudah umpama adik beradik. Anak muda dalam parti ini sudah tentu tidak sama dengan segelintir pengundi yang sering tertipu dengan Bn. Ketika pilihanraya jauh Bn begitu sombong dalam membuat keputusan dan jarang sekali muka pemimpin menjengok rakyat tetapi malangnya ada rakyat yang tertipu apabila dekat pilihanraya pemimpin Bn bersungguh turun bawah dengan perbagai tawaran dan umpan. Sudah tentu tak terlawan dengan pemimpin kita yang sejak habis pilihanraya walaupun tewas di tempat tertentu tetapi tidak henti bekerja siang dan malam tanpa peruntukan dan penuh kepayahan sepanjang masa. Manakala pemimpin Bn dengan perbagai peruntukan dan payung atas nama 'kerajaan' sudah tentu mampu menunggang semua jentera mengambil hati rakyat saat akhir dan selepas menang mereka akan melupakan rakyat sehinggalah pilihanraya akan datang sekali lagi. Sementara rakyat dilupa itulah rakyat yang dihimpit perbagai masalah mencari pemimpin kita untuk diperjuangkan nasib mereka. Sudah tentu ahli muda parti tidak akan sedemikian rupa.

cheGuBard amat yakin selama ini tanpa henti dan letih bersama akar rumput anak muda dlaam parti kita sudah saling mengenali maka tidak perlu perantaraan media bagi menyatakan hasrat apa jua. Lainlah jika kita kita tidak punya hubungan.

Gerakan muda parti pernah mengeluh apabila tidak punya arah dan pimpinan tidak menjengok 'ke bawah' namun bila tiba musim pemilihan ini suasana ternyata berbeza meriah. Apapun ambil semuanya dari sudut positif.

Raikan demokrasi dengan tawaran bukan dengan serangan

Belum pun umum pendirian tetapi mula diserang. Satu pihak menyerang terus secara peribadi dengan mengaitkan che'GuBard dengan hubungan keluarga Ketua Umum. Benar che'GuBard berkahwin dengan anak adik Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah menggunakan kaitan hubungan itu dalam politik. Malah ramai yang tak ketahui sehinggalah ada pihak yang begitu bersungguh pertahan jawatan dalam Angkatan Muda menggunakan isu ini.

Tersebar luar sms "Ketua Umum Anwar, Presiden Isteri, Anak Ahli Parlimen tak kan menantu nak jadi Ketua AMK pula.... ayuh pertahankan XXX yang selama ini berkorban untuk parti" begitulah salinan sms yang diterima dihantar oleh teman yang dapat dari seseorang yang dikenali. Inilah yang che'GuBard gelar tidak bijak dan terlalu ghairah berkempen hingga memancing bencana pada parti.

Contohnya dalam pilihanraya yang lepas kalau ikutkan hubungan keluarga boleh sahaja che'GuBard merengek untuk bertanding kerusi selamat seperti beberapa kelompok pemimpin yang sanggup bertanding jauh dari tempat mereka semata mengejar kemenangan. Tetapi kerusi yang dijanjikan awal kepada che'GuBard di Negeri Sembilan juga di beri kepada orang lain sehingga che'GuBard 'terpaksa' mencari kerusi sendiri. Tapi itu semua enteng dihadapi sebab kita bukan dari kelompok politisi naungan.

Dalam satu pihak lain yang mengejar jawatan dalam AMK pula menggunakan tema menerima naungan pimpinan utama parti. Kononya wahyu menetapkan dia perlu menukar imej gerakan muda kepada gerakan cerdik pandai yang boleh menyaingi anak muda parti lawan. Kononya dia tidak memerlukan jawatan itu tetapi parti dan wahyu yang memaksa dia menerima jawatan itu. Parti ini perlu segera diubah imej dan imej tersebut tidak akan berjaya diubah dan menyaingi anak muda parti lawan jika 'anak jalanan' seperti che'GuBard menerajui.

Tersepit ; satu kata che'GuBard perlu ditolak sebab kerana punya hubungan keluarga dengan pemimpin utama dan satu lagi meminta mereka dipilih kerana dinaungi oleh pemimpin utama.

Gerakan Muda di sebuah negeri di utara pernah menjadi gerakan muda yang membanggakan parti. Namun oleh kerana ingin mengubah imej kerana kita telah membentuk kerajaan maka seorang cerdik pandai yang juga bergelar YB 'diwahyukan' menjadi Ketua anak muda di sana. Sebelum ini gerakan anak muda diterajui oleh anaJustify Fullk muda biasa-biasa sahaja tetapi kukuh dan kuat sehingga memenangkan negeri tersebut. Malangnya apabila anak muda akur menerima ketua Yb 'cerdik pandai' gerakan anak muda di negeri tersebut hampir hancur.

Demokrasi ini harus dirai dengan pesta tawaran dan pertunjukkan kebolehan bukan serangan dan politik naungan. Ahli yang matang dan cerdik akan menjadi hakim dengan melihat semua tawaran dan pertunjukkan kebolehan yang diselarikan dengan kerja buat selama ini maka penghakiman yang wajar harus diberikan./chegubard.blogspot

No comments:

Post a Comment

good