Aug 13, 2010
DAP perkenal dasar pro-rakyat, jika PR berkuasa
PETALING JAYA: Walaupun tarikh pilihan raya umum akan datang masih diselubungi rahsia, DAP telah masuk gear pertama dengan memperkenalkan dasar-dasar ‘pro-rakyat’, sebagai langkah untuk memenangi hati para pengundi.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah mengambil keputusan bahawa para pemimpin DAP di seluruh negara harus memberi tumpuan kepada tiga dasar inisiatif utama untuk faedah rakyat, sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.
"Pertama, kita akan memastikan saman ekor dimansuhkan kerana pemilik kenderaan yang nama mereka disenaraihitamkan, bukan sahaja tidak adil tetapi bercanggah dengan keadilan sejagat.
"Kedua, meluluskan RM1,000 seorang setiap tahun kepada warga negara berusia lebih 60 tahun sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada negara.
"Ketiga, untuk menggalakkan inovasi dan perkembangan bakat manusia dengan menyediakan wi-fi percuma di seluruh negara," katanya.
Sambil mendakwa langkah-langkah ini mendapat sokongan dari komponen parti Pakatan Rakyat yang lain, Lim bagaimanapun menekankan bahawa ini bukan langkah untuk mencari populariti.
"Langkah-langkah ini bukan langkah mencari populariti, (memberi wang kepada rakyat) telah dilaksanakan di banyak negara. Langkah ini menjadi amalan antarabangsa, malahan di Thailand," katanya.
Sejumlah RM2.1 bilion
Beliau berkata, kita akan mengagihkan sebanyak RM2.1 bilion kepada rakyat jika dasar pemberian RM1,000 setiap tahun dilaksanakan, walaupun langkah ini akan menimbulkan kontroversi.
"Orang akan bertanya, di mana kita memperolehi wang sebanyak itu? Tetapi kita harus berfikir berapa banyak telah kita hilang dalam bentuk rasuah setiap tahun, yang berjumlah RM28 bilion.
"RM2.1 bilion tidak sampai satu peratus dari jumlah itu……memberi wang kepada diri sendiri adalah salah, memberi wang kepada rakyat, tidak salah," katanya.
Beliau berkata, partinya akan terus memberi wang RM1,000 kepada warga emas "selagi Pakatan Rakyat terus berkuasa," katanya.
Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa langkah seperti ini adalah satu bentuk "membeli undi" kerana kita belum tahu bila pilihan raya umum akan di adakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
good