Jun 23, 2010

TANIAH

Faekah Husin Setiausaha Politik MB yang baru


AMK KLGT Bersyukur kpd Allah dan Mengucapkan taniah kpd Ketua Wanita KLGT yg baru dilantik sebagai setiausaha politik MB Selangor dan AMK KLGT berharap semoga beliau menjalankan tugas dengan jujur dan penuh bertangugnjawap


Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkuat kuasa 1 Julai ini.

Peguam lulusan Universiti Malaya ini berkhidmat kepada Datuk Seri Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan berkenaan sehingga tempatnya diganti.

Beliau mula menyertai PKR pada 1999, selain terlibat menubuhkan PKR Cabang Kuala Langat dan memikul jawatan Ketua Wanita PKR Selangor sehingga kini.
Faekah pada 2000 pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita Selangor sebelum dilantik sebagai Bendahari Wanita PKR negeri.
Pada 2005, beliau juga pernah menyandang jawatan Setiausaha PKR Selangor ketika dipimpin Abdul Khalid dan pernah menduduki Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat antara 2001 hingga 2004.
Pelantikan beliau diumumkan Abdul Khalid semasa Majlis Bersama Media di Shah Alam.

Sementara itu, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapannya menafikan wujudnya pergeseran antara beliau dan Abdul Khalid.

“Saya menganggap beliau seperti bapa saya sendiri,” kata Nik Nazmi yang dinyatakan Abdul Khalid sebagai Pengarah Komunikasi PKR tetapi pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

1 comment:

  1. bila pula dia jadi ketua wanita keadilan selangor? Masyuarat agong pusat 2007-2010 pun x dpt masuk perwakilan.

    ReplyDelete

good