Jun 8, 2010
Ketua Kampung Pantau Kecurian Pasir, Potensi Tingkat Pendapatan Besar
Semua ketua kampung dan ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung akan dilibatkan bagi memantau sekali gus mengurangkan masalah kecurian pasir.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri juga sedia memberi penghargaan kepada ketua kampung atau JKKK yang berjaya menangkap pencuri pasir.
Khalid berkata demikian pada Perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan negeri di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK.
“Tak berapa lama lagi kita akan mengumumkan supaya ketua-ketua kampung akan diminta bersama JKKK untuk memantau pencurian pasir dan kita akan bagi hadiah kepada mereka yang berjaya menangkap mereka yang mencuri pasir,” katanya
Beliau meminta semua kakitangan bersama-sama membantu membanteras masalah kecurian pasir kerana ia akan membantu meningkatkan pendapatan negeri.
Khalid mengakui hanya 25 peratus kes kecurian pasir dibendung setakat ini berikutan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).
"Kita mendapati pentadbiran lama telah tidak menyimpan rekod, bagaimana pasir ini dapat terlepas dari pandangan. Jadi, ini satu anjakan paradigma yang kita buat,” katanya.
Walaupun berdepan pelbagai kesukaran, Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa meneliti masalah kecurian pasir setiap minggu.
“Bayangkan tiga tahun dulu, pendapatan untuk pasir tidak lebih daripada RM3 ke RM4 juta. Sekarang pendapatan pasir melebihi 20 juta.
"Ini bererti usaha mengambil alih pendapatan dari mereka yang mencuri pasir sekurang-kurangnya 15 juta dan potensi untuk mengambil alih pendapatan dari mereka melebihi 100 juta,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
good