Dr Mahathir dilaporkan berkata menyokong pemberian lesen judi sukan pada Vinsetan. Saya tak terkejut sebab Dr Mahathirlah yang mula-mula sekali memberi lesen judi sukan pada Vinsetan. Dan, antara sebab Dr Mahathir marah dengan Pak Lah adalah kerana Pak Lah membatalkan pemberian judi sukan kepada Vinsetan yang dibuat Mahathir beberapa minggu sebelum Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Ini kerana pada tahun 2003, beberapa minggu sebelum Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM kepada Pak Lah, antara tindakan terakhir beliau adalah meluluskan lesen judi sukan pada Vinsetan.
Vinsetan, kemudiannya, telah membuat persediaan untuk melancarkan Judi Sukan itu ke seluruh negara. Malahan, Vinsetan sudah pun membayar RM20 juta kepada kerajaan sebagai bayaran untuk lesen itu.
Sepanjang masa, Pak Lah tidak mengetahui akan pemberian lesen ini kepada Vinsetan. Di dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Pak Lah pun, perkara ini tidak dibincangkan.
Tiba-tiba pada tahun 2004, sebelum pilihanraya, Vinsetan telah memberitahu Pak Lah yang Ascott Sport telah bersedia untuk melancarkan judi sukan ke seluruh negara. Pak Lah begitu terkejut dengan pemberitahuan Vinsetan tersebut. Lantas, Pak Lah telah membatalkan judi sukan tersebut serta merta. Kalau Judi Sukan itu dibiarkan berjalan sebelum 2004, nescaya UMNO akan kalah teruk di kawasan Melayu.
Mahafiruan secara pribadi menafikan yang beliau memberi lesen tersebut. Namun, Akta “Pool and Betting 1967” menyatakan hanya Menteri sahaja yang boleh memberi lesen judi. Dan pada masa itu, Menteri Kewangan adalah Mahafiruan. Mustahil boleh ada orang lain yang boleh memberi lesen tersebut kepada Vinsetan.
Dr Mahathir ni jenis manusia yang tidak mengira halal dan haram. Semuanya halal belaka untuk beliau. Saya sendiri meragui samada Dr Mahathir ini masih Islam atau sudah terkeluar dari landasan Islam. Mengapa? Kerana beliau dengan terbuka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah SWT.
Yang pentingnya, bila Dr Mahathir mati, saya tidak akan mengucapkan “innalillah” kepada beliau, melainkan beliau bertaubat nasuha ke atas semua kesalahan beliau yang bersangkutan halal dan haram.
Maka, tidak terkejutlah Mahafiruan secara terbuka menyokong pemberian Lesen Judi Sukan kepada VInsetan. Lebih-lebih lagi Vinsetan adalah kroni beliau yang paling rapat. Juga, VInsetan adalah proksi kepada UMNO yang menjaga kepentingan UMNO dalam ke semua syarikat-syarikat judi di Malaysia.
Kalau tidak macamana UMNO nak dapat duit untuk kempen pilihanraya mereka?
No comments:
Post a Comment
good