Apr 22, 2010

Penyelewengan SPR: Pengundi mesti terus keluar mengundi


SERENDAH: Calon Pakatan Rakyat (PR) Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim meminta agar pengundi tetap meneruskan tanggungjawab mengundi walaupun SPR melakukan banyak penyelewengan bagi menyusahkan pengundi.

Zaid berkata, pengundi yang mempunyai masalah mengundi seperti nama atau tempat mengundi boleh hadir di pejabat PR untuk mendapat bantuan bagi melancarkan pilihanraya.

"Saya berharap agar para pengundi tidak berputus asa walaupun terdapat pemindahan tempat mengundi oleh pihak tidak bertanggungjawab (SPR).

"Pengundi boleh mendapat bantuan dari PR untuk mengetahui data-data pengundi dari terus ditipu oleh SPR," katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini hari ini.

Menurutnya lagi, SPR pada masa sekarang dilihat tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan berharap agar para pengundi tidak terjebak dengan perangkap SPR yang tidak bertanggungjawab itu.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PKR Fuziah Salleh pula berkata, penyelewengan SPR hingga menyusahkan pengundi masih berlaku walaupun PR telah berulang kali meminta SPR menghentikan penyelewengan tersebut.

"Saya ingin menegaskan bahawa SPR sungguh tidak bertanggungjawab dan berharap agar pengundi tetap terus mengundi walaupun mempunyai masalah.

"Pengundi perlu teruskan mengundi walau menerima pelbagai halangan agar dapat memilih pemimpin yang tepat seperti Datuk Zaid," jelasnya.

Zaid dan Fuziah menggesa semua pengundi supaya terus keluar mengundi walaupun dihalang dengan pelbagai bentuk penyelewengan oleh SPR dengan meminta bantuan dari PR.

No comments:

Post a Comment

good