Apr 13, 2010


Dato' ZAID IBRAHIM diumumkan sebagai calon PR di ULU SELANGOR .
Pengumuman oleh DSAI di Serendah sebentar tadi




Datuk Mohd Zaid Ibrahim (http://myzaidibrahim.wordpress.com/) adalah seorang peguam terkenal dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat. Sebelum ini beliau pendokong kuat UMNO sehingga beliau merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia setelah dilantik sebagai Senator di bawah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum dilantik sebagai menteri kabinet, Zaid mempunyai mengetuai sebuah syarikat peguaman sendiri iaitu Zaid Ibrahim & Co. di Menara Melinium, Damansara, Kuala Lumpur. Zaid Ibrahim berkahwin dengan Datin Suliana Shamsuddin sejak tahun 1979.

Latar belakang dan pendidikan awal



Zaid Ibrahim dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 April 1951. Zaid mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh dan seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Perundangan di Institut Teknologi MARA, Program Luar LL.B (Hons.) usahasama dengan Universiti London. Selepas tamat, dia pergi ke London da diterima sebagai Barrister-at-Law, Inner Temple. Pada 1987 dia menubuhkan Zaid Ibrahim & Co., yang sehingga 2008 adalah firma perundangan terbesar di Malaysia dengan 140 orang peguam.

Kerjaya

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad pada tahun 2004. Beliau juga merupakan pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan pada tahun 1988. Beliau menubuhkan organisasi ini untuk membantu serta meringankan beban golongan kurang upaya. Atas usaha beliau, beliau dinamakan dermawan pemurah di Asia oleh Forbes[1].

Zaid juga pengasas serta presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988.

Politik


Beliau menganggotai UMNO pada tahun 2000. Pada tahun 2001, Zaid telah dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau juga pernah diberi kepercayaan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun 2003.

Zaid pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu dari tahun 2004 ke 2008. Beliau yang mewakili Barisan Nasional - UMNO mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat.

Semasa di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-5, beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengambil tugas hal ehwal Undang-Undang.

Pada 10 November 2008, Zaid menerima surat tunjuk sebab dari UMNO berkaitan dengan surat terbukanya kepada Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen dan mempersoalkan status orang Melayu. Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.[2]Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendesak Zaid keluar dari rumpun bangsa Melayu. [3] Peguam Malik Imtiaz Sarwar telah diarah menjawab bagi pihak dirinya.[4]

Letak jawatan menteri dan senator

Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik. Pendiriannya berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , barisan kabinet dan pemimpin UMNO.

Pada 22 Mac 2008, Zaid Ibrahim, yang baru lima hari dilantik sebagai menteri kabinet bertanggungjawab bagi badan kehakiman, mencadangkan agar kerajaan Malaysia meminta maaf kepada mereka yang dikatakan menjadi mangsa dalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang membawa kepada pemecatan Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung — Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah[7]. Beliau mencadangkan supaya dilakukan reformasi dalam bidang kehakiman untuk mengembalikan kembali kebebasan kehakiman yang dilihat sudah tercalar akibat krisis 1988[8]. Zaid kesal dengan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. Padahal Zaid telah berjanji akan merahsiakan jumlah ex gratia itu. [9]

Menyertai PKR

Pada 13 Jun 2009, Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor. Hal ini tidak mngejutkan kerana beliau banyak kali hadir dalam majlis anjuran PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau dilantik dalam Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR. Anwar Ibrahim menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Sikap ketegasan dan keberanian beliau memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.[6]

No comments:

Post a Comment

good